Nuffnang

PEMBUBARAN PARLIMEN : Teka-Teki Semakin Jelas!!!

Gambar Hiasan

3 April 2013, hari Rabu merupakan tarikh pembubaran Parlimen yang ke 12 bagi memberi laluan kepada PRU ke 13. Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib mengumumkan pembubaran tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pada pagi itu. 

Jadi adakah tahun ini akan mengambil formula yang sama?

Sekarang ini, perbincangan paling hangat ialah berkisar kepada bila tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Seluruh rakyat menunggu penuh minat mengenai pilihan raya kali ini. Hakikatnya, sejak dua tahun lalu lagi, teka-teki mengenai tarikh PRU-14 sudah bermula dan perbincangan mengenainya semakin hangat menjelang pertengahan tahun lalu.

Ketika itu, ramai juga meramalkan pilihan raya diadakan sebaik Sukan SEA berakhir pada Ogos, dengan menjangkakan PRU-14 diadakan pada Oktober atau November 2017.

Bila tiada apa berlaku menjelang Oktober, sekali lagi 'tukang tilik' meramalkan ia besar kemungkinan diadakan selepas Tahun Baharu Cina pada 16 Februari 2018.

Ia sudah berlalu, malah melepasi sambutan Chap Goh Meh sebulan kemudian. Ramalan paling popular pula ialah Mac 2018 dan Mac kini juga sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Jadi bila agaknya Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh pembubaran? Tukang tilik akan terus meramal dan meramal.

Itu biasa pada setiap kali musim pilihan raya. Bila Parlimen dibubarkan nanti, sekali lagi ramalan dibuat mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian.

Malah dua tarikh ini sudah 'ditetapkan' oleh tukang tilik dan diviralkan melalui aplikasi WhatsApp.

Tidak pasti sama ada semua ini akan memudahkan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau memeningkan lagi kepala mereka.

Apabila akhbar kumpulan NSTP melaporkan di muka depannya mengenai kemungkinan Barisan Nasional (BN) melancarkan manifesto secara besar-besaran di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 April ini, ia juga mencetuskan spekulasi atau bayangan bahawa pilihan raya kemungkinan besar diadakan seawal akhir April atau awal Mei 2018.

Apakah pada 7 April itu, diadakan lepas pengumuman pembubaran Parlimen, tanya seorang menteri melalui WhatsApp.

Apabila Kementerian Sumber Manusia mengumumkan program Sambutan Hari Pekerja 2018 yang sepatutnya disambut 1 Mei setiap tahun, ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, ia turut mencetuskan spekulasi.

Berikutan itu, ramai meneka kemungkinan tarikh pengundian PRU-14 diadakan pada awal Mei dan yang paling popular ialah pada 5 atau 6 Mei, iaitu Sabtu dan Ahad.

Sebelum ini, SPR memilih tarikh hujung minggu untuk proses pengundian bagi membolehkan orang ramai balik ke kampung mengundi dan dewan sekolah pula biasa digunakan untuk pusat pengundian.

Alasan lain yang diberi ialah PRU-14 perlu diselesai sebelum umat Islam menyambut 1 Ramadan pada 17 Mei ini. Bagaimana pula dengan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu, 28 Mac ini?

Apakah kemungkinan ia terus dilulus tanpa bahas pada hari sama? Atau dibahas dua hari sahaja, iaitu Rabu dan Khamis ini, sebelum diluluskan dengan majoriti mudah, 112 undi Ahli Parlimen?

Sebaik dilulus, ia cuma mengambil masa beberapa hari untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan selepas mendapat perkenan, ia boleh terus diwartakan bagi membolehkan kawasan persempadanan semula itu digunakan untuk PRU-14.

Ini bermakna, perkara ini boleh diselesaikan dalam tempoh seminggu bermula 1 hingga 6 April.

Berikutan itu, apakah mesyuarat Kabinet pada 28 Mac, Rabu ini, sebagai mesyuarat Kabinet terakhir sebelum pilihan raya? Jika bukan Rabu ini, mungkin Rabu depan, 4 April mesyuarat Kabinet terakhir, disusuli pelancaran Manifesto BN 7 April.

Perlu diingat sebelum mesyuarat Kabinet pada setiap pagi Rabu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong. Malah, sebelum membubar Parlimen, Perdana Menteri juga perlu menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top