Pakatan jenis apakah ini? Kah... kah.... kah..... Menang belum tentu, tapi nak menentukan siapakah pemimpin mereka sebagai calon Perdana Menteri pun huru hara. Masih tidak mencapai konsensus. Bayangkan sekiranya mereka menang?
“Perkara utama adalah memenangi pilihan raya. Kalau kita kalah, tiada siapa pun boleh jadi perdana menteri.
“Selepas menang pun, kita tidak boleh mengangkat mana-mana orang melainkan dipersetujui semua pihak…Kita tidak boleh menggunakan kehendak 1 parti sebagai kehendak gabungan,”
“Kalau macam-macamlah. Kalau tiada siapa dan tinggal saya terkontang-kanting di situ, tiada orang lain dah, semua orang sudah lenyap…terpaksalah…kalau.
“Tapi ‘kalau’ tu tak akan berlaku,” katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata, Pakatan Harapan perlu mematuhi undang-undang negara, jika bertegas memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas memenangi PRU14, memandangkan ketua umum PKR itu masih dipenjarakan.
“Kita mesti patuh kepada undang-undang. Kita berjuang untuk menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Tetapi, jika (selepas) berkuasa kita tidak mematuhinya, apa hak kita untuk menegur orang lain yang tidak mengikut undang-undang?” - Mahathir
Siapa yg akan memimpin negara amatlah penting..
BalasPadamNegara tanah melayu.. bukan nk pimpin kedai goreng pisang..
Kalau ini pun tak pasti lagi malah tak sepakat.. sgt jelas pembangkang langsung tidak sepakat. Pastinya negara akan kelam kabut macam negeri selangor.. negeri selangor contoh sebenar betapa kelam kabutnya pembangkang bila memerintah.. saya tak sanggup hadapi masa depan yg kelam kabut seperti negeri selangor.. air.. perkara paling mustahak pun masih belum selesai.. dah bertahun kot.. che det dan muhyiddin skrg dah terkena dgn pakatan.. apabila perkara ini sengaja dibuat secara mengejut.. inilah yg pas sebelum ini.. semasa langkah kajang.. tidak tahu menahu..
Pembangkang keadilan dan dap tidak bincang dgn lain sebelum buat sesuatu.. dan cara pembangkang sgt tidak bertindak secara berkumpulan.. negara akan punah dgn cara tadbir pembangkang yg caca marba