Nuffnang

DAP MULIAKAN ISLAM? Menyanggah Fakta Wan Azizah!!!


Benarkah Islam dijunjung dan dimuliakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang? Mengapa Wan Azizah dalam kongres PKR sangat-sangat memuliakan tindakan DAP yang katanya lebih mengutamakan hal ehwal agama Islam di negeri Pulau Pinang berbanding neger-negeri lain.

Benarkah begitu?

Peruntukan yang hanya 1/2 juta dijaja oleh Wan Azizah untuk meraih simpati rakyat untuk terus memberi sokongan pada parti PKR yang semakin suram kerana ketiadaan suaminya yang menjalani hukuman di penjara atas kesalahan LIWAT.

Ada sesetengah blog dan akaun media sosial menganggap kenyataan isteri Anwar Ibrahim itu sebagai mengangkat DAP lebih Islam dari Umno.

Namun pada hakikatnya, Wan Azizah sebenarnya cuba menyembunyikan hakikat bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang telah melenyapkan 23 Buah Kampung Selepas DAP mengambil alih Pulau Pinang selepas PRU12 yang lalu.

Bukan itu sahaja, tanah-tanah yang berpotensi tinggi untuk tujuan komersial juga telah dijual kepada pelabur hartanah dari dalam dan luar negara. Alasannya adalah Pulau Pinang bakal dijadikan hub pelancongan dan tumpuan produk berasaskan perkhidmatan kesihatan.

Kalau betul kemajuan yang dibawa boleh membawa manfaat kepada rakyat, mana Pergi Hasil Duit Pesta Jual Tanah RM12.5 Billion Negeri Pulau Pinang Wahai Lim Guan Eng?

Melayu dan umat Islam di Malaysia sepatutnya pelajari nasib Melayu yang tinggal di Singapura. Melayu Singapura daripada mereka merupakan penduduk majoriti kini hanya tinggal 13.3% sahaja. Melayu Singapura hanya diberi 1 orang bagi jawatan menteri. India yang mewakili 9.2% diberi 4 jawatan menteri.

Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis yang dilemparkan oleh DAP serta pembangkang. Kerana sejarah juga telah membuktikan ketika Pengisytiharan Negara Islam yang dibuat oleh UMNO pada 29 September 2001, DAP begitu lantang menentang. Pada DAP, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular.

Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun Pas sehingga membawa kes tersebut di dalam kamar Mahkamah.

Peruntukan besar DAP sebanyak 500 juta yang dicanang oleh Wan Azizah adalah "GULA-GULA" sahaja kepada umat Islam dan Melayu. Peruntukan tersebut diharap dapat meredakan kemarahan dengan isu yang timbul dan dapat mengambil hati para pengundi Melayu di Pulau Pinang.

Maka segala dosa yang pernah dilakukan oleh DAP dapat dilupakan oleh rakyat di sana secara automatiknya.
Share this article

3 Komen:

  1. DAP melenyapkan orang Melayu dari Pulau Pinang WAWI tak tahu ke? Tak layak jadi wakil rakyat.

    BalasPadam
  2. Ingatkan Madey aje yg nyanyuk... Wan Azizah pun dah berjangkit penyakit nyanyuk.. DAP ADALAH ORGANISASI BERHALUAN KIRI DAN MEMPUNYAI SIFAT KOMUNIS... MELAYU JGN TERTIPU...

    BalasPadam
  3. Sikap jijik Dap semakin terserlah walaupun Pan dn Pkr cuba nak bela. Umat Melayu Islam wajib tolak Dap dn sekutunya dlm pru akan datang.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top