Nuffnang

WOW!!! Harapan @KhairyKJ Pada @Neelofa #TN50


Wowww.... Dua-dua mempunyai "aura" tersendiri. Dua-dua mempunyai pengikut yang ramai di sosial media. Dan kedua-duanya mampu memberikan impak yang besar dalam negara mengikut bidang masing-masing. Soalnya, apa "perjanjian" KJ dengan Neelofa?

Seramai 10 muka baharu termasuk pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor dilantik sebagai duta siri ke-2 Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pengumuman itu dibuat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang berharap pelantikan baharu itu akan menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadi sebahagian daripada TN50.

“TN50 bukan propaganda kerajaan tetapi aspirasi rakyat. Barisan baharu yang ada ini diharapkan dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai terutama belia,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Khairy, 700,000 belia terlibat menerusi pelbagai program dan pendekatan dengan lebih daripada 30,000 harapan dan aspirasi dapat dikumpulkan.


Selain Neelofa, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup; pemuzik Gabriel Fairuz Louis; pakar fatwa, Datuk Izhar Afiff; Pengurus Eksekutif (Operasi) ABIM, Jufitri Joha; pengasas JuaraGym, Ben Uzair; artis seni halus, Anniketyni Madian; usahawan Juliana Lim dan Esther Michael serta aktivitis marin Nadhirah Mohd Rifai.

Ini pelantikan siri ke-2 duta selepas 13 duta termasuk bekas pemain skuasy negara, Sharon Wee Ee Lin dilantik pada 14 April.

Khairy juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan TN50 – Lingkaran Masa Depan pada 26 Mei ini di mana maklum balas yang dikumpulkan akan dibincang dan dipilih oleh pakar bagi menjadikannya aspirasi nasional.

TN50 inisiatif untuk merancang masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050 yang dilancarkan Najib awal tahun ini.

Pada sidang media sama, Neelofa berterima kasih kepada Khairy atas pelantikan itu dan percaya mampu membantu mempromosikan TN50 dalam kalangan peminatnya menerusi media sosial.
Share this article

1 Komen:

  1. Untung Berjuta-Juta Dengan Modal RM460! Ada Cara & Platformnya-Diam-Diam Buat Duit

    Make MILLIONS with only RM460...HOW???
    What Can We Do With RM460 Nowadays??
    ~~Buy a House????
    ~~Buy a Car????
    ~~Travel????
    ~~Children's Education Fund????
    ~~Operate a Business????
    RM460 is not a Big Money nowadays...BUT, If there's an LEGITIMATE Investment which can MULTIPLY our RM460 into MILLIONS within few years isn't it WORTH to Consider?? See Below :--
    *****************************************
    Initial Capital: RM460 (one time investment)
    Risk Protection: 85%
    Estimation 7% nett ROI per month *COMPOUNDING*

    1st Year : RM643.67
    3rd Year : RM9003.73
    5th Year: RM91,347.95
    8th Year : RM2.83 mil
    10th Year : RM27.9 mil
    *******************************************
    This is the Power of Compounding Profit!
    鳥Start off your Own Investment Now with ONLY 460! You Will Be Enlightened after some period of time! 潮晶潮晶

    **CONTACT/WHATSAPP 0138866725 untuk Keterangan Lanjut!
    **CONTACT/WHATSAPP 0138866725 untuk Keterangan Lanjut!
    **CONTACT/WHATSAPP 0138866725 untuk Keterangan Lanjut!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top