Nuffnang

GULA NAIK? Jawapan Menteri Yang WIN #JanganLebihLebih


Bagi tahu dengan dia (syarikat gula), kalau nak untung pun janganlah lebih-lebih sangat.

“Mana boleh kita umum beratus juta untung, lepas itu kita umum harga gula ini rendah, itu dah lebih-lebih. Saya nak beritahu saya tidak akan naikkan harga gula,” katanya selepas pelancaran Kempen #janganlebihlebih sempena Ramadan dan musim perayaan di kementeriannya hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan melayan desakan pengilang dan pembekal untuk menaikkan harga gula.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan kerajaan menaikkan harga gula bergantung kepada kedudukan semasa pasaran dunia, bukannya kehendak pengilang semata-mata.

Minggu lalu, MSM Malaysia Holdings Bhd dilaporkan berbincang dengan kerajaan bagi menaikkan harga gula 29 sen 1kg untuk memastikan keuntungan syarikat tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad dilaporkan berkata, turun naik harga gula mentah dan prestasi lemah ringgit menjadikan tahun ini sangat mencabar.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, ada di kalangan pengilang dan pembekal gula meminta kerajaan menaikkan harga gula sehingga 49 sen 1kg.

Beliau menyalahkan syarikat terbabit mengalami kerugian kerana kegagalan mereka menguruskan perniagaan dengan baik, bukannya disebabkan kerajaan tidak menaikkan harga gula.

“Saya nak maklum sudah ada pihak pengilang jumpa saya dan minta harga gula dinaikkan dan saya beritahu mereka harga gula tidak akan dinaikkan.

“Ada permintaan melampau melebihi bajet, malah ada yang minta sampai 49 sen dinaikkan. Saya rasa yang kita naik 11 sen sebelum ini sudah mencukupi untuk syarikat perolehi keuntungan,” katanya.

Harga gula dinaikkan 11 sen daripada RM2.84 kepada RM2.95 1kg sejak 1 Mac lalu, ekoran peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia. SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top