Nuffnang

BONGKAR : Kerajaan DAP Pulau Pinang Akan Dikuburkan?


Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor memberi amaran akan menggunakan semua pengetahuannya untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendakwa adalah arkitek kejayaan DAP di Pulau Pinang dan mempunyai pengetahuan menyeluruh mengenai kelemahan kerajaan negeri.

“Sebagai arkitek yang membina rumah itu, sudah tentu saya tahu cara meleraikannya,” katanya.

Zulkifli yang pernah menjadi ahli DAP selama 26 tahun meletak jawatan dalam parti itu pada 2013 susulan pemilihan parti penuh kontroversi. Beliau kemudiannya menubuhkan PAP pada 2014.

Sabtu lalu, PAP mengumumkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selain menurunkan calon di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Saya tahu apa kelemahan DAP dan tahu bagaimana nak gunakannya menentang parti itu.

“Orang ingat DAP kuat, tetapi tidak. Cuma pengundi Pulau Pinang begitu benci Barisan Nasional (BN) sehingga mereka terpaksa pergi kepada alternatif.”

Mengenai keyakinannya terhadap kemampuan PAP mendapat sokongan pengundi, beliau berkata: “Kami akan menjadi kuasa disegani kerana kami bukan musuh BN atau Pakatan Harapan. Kami alternatif kepada mereka.

“Selain itu, PAP adalah satu-satunya parti pelbagai kaum di Malaysia. DAP mendakwa mereka parti pelbagai kaum, tetapi ia sebenarnya parti Cina dan tidak mempunyai pemimpin berkebolehan di Pulau Pinang. Jika (Ketua Menteri) Lim Guan Eng dipenjarakan, parti itu akan kelam-kabut.”

Lim sedang dibicarakan atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Beliau ditahan pada Jun lalu dan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana membenarkan permohonan menukar status tanah pertanian kepada tanah perumahan milik Magnificent Emblem Sdn Bhd dan Kanun Keseksaan kerana membeli sebuah hartanah di bawah harga pasaran.

Zulkifli berkata, PAP menyasarkan untuk menarik generasi muda menyertai parti itu dan melatih mereka bagi memegang jawatan pucuk pimpinan.

“Kami akan turunkan mereka bertanding di kerusi DUN. Selepas mempunyai pengalaman dan mencapai umur 36 tahun, kami akan benarkan mereka bertanding di kerusi Parlimen.”

Share this article

2 Komen:

  1. Umat Islam wajib tolak Dap dlm pru 14.

    BalasPadam
  2. Setuju..termasuk mereka yang ada kaitan....dgn Dap...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top