
- SUMBER
Berikut ialah kronologi berkaitan kes liwat Anwar, yang dikenali sebagai Liwat II:
28 Jun, 2008: Saiful, 23, membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara.
30 Jun: Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Saiful yang didakwanya membuat laporan polis palsu.
16 Julai: Anwar ditahan di luar rumahnya di Bukit Segambut untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
7 Ogos: Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen kerana meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
5 Mac, 2009: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pendakwa untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen.
Sebelum perbicaraan bermula, Anwar memfailkan pelbagai permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya, mendapatkan bukti utama perbicaraan, dan mencabar perintah pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi.
3 Februari, 2010: Perbicaraan bermula selepas hampir 2 tahun Anwar didakwa.
16 Mei, 2011: Anwar diperintahkan membela diri.
22 Ogos: Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh membacakan kenyataannya setebal 32 muka surat, menafikan beliau mengadakan hubungan seks dengan Saiful, mendakwa ia konspirasi Datuk Seri Najib Razak untuk mengakhiri karier politiknya.
9 Januari, 2012: Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful. Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak boleh 100% yakin mengenai integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Saiful kerana sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.
2 Julai, 2013: Peguam negara melantik peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai rayuan pendakwa terhadap pembebasan Anwar.
18 September: Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan Shafee.
7 Mac, 2014: Panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Balia Yusof Wahi mendapati Anwar bersalah kerana meliwat, menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya.
24 April: Anwar mengemukakan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 35 alasan mengapa sabit kesalahan dan hukuman ke atasnya harus diketepikan.
28 Oktober: Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mula mendengar hujah daripada pihak pembela dan pendakwa.
10 Februari, 2015: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Anwar dan beliau mula menjalani hukuman penjara.
30 April: Anwar memohon semakan terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya.
aduh.. jd benarlah anwar ni kaki liwat? takkan semua hakim tak betul anwar je yg betul.. dulu aku mmg tak percaya yg dia suka meliwat tp terpaksa la terima hakikat.. kpd anwar bawa lah insaf cukup2 lah meliwat tu.. masih ada peluang bertaubat.. kpd kak wan byk kan bersabar ye nak buat camna dah laki suka lubang taik.. kalau perempuan lain dah lama anwar tu kena potong anunya.. impian kak wan nak jd isteri PM masih ada jika org ramai tak kisah homoseksual jd PM.. kak wan patut bg pelempang sorg2 lawyer yg bela anwar tu punya ramai mcm tu semuanya tak berguna.. harap nak publisiti je lebih.. ntah2 kat blkg dia gelakkan kak wan..
BalasPadam