Nuffnang

CARI PENYAKIT : Wanita Ditahan Tulis "BABI" Pada Kertas Saman!!!


Biadap atau kurang ajar? Bila lakukan kesalahan tu terima sajalah akibatnya, bukan dengan memaki atau menghina anggota yang melaksanakan tugas mereka. Seorang wanita berusia 53 tahun ditahan selepas dia menulis perkataan 'babi' pada kertas saman yang dikeluarkan terhadapnya.
Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata insiden berlaku kira-kira pukul 8.50 malam Selasa di Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Wanita yang tidak bekerja itu disaman atas kesalahan menghalang lalu lintas selain mengabaikan isyarat lalu lintas dan kereta jenis Mercedes Benz miliknya diletakkan di garisan berkembar.

"Semasa kejadian, anggota polis trafik mengeluarkan saman untuk ditandatanganinya tetapi suspek menulis perkataan 'babi' di ruang tandatangan saman berkenaan dipercayai cuba menconteng dengan niat memperlekehkan dan menghina anggota polis terbabit.


"Anggota polis itu menegur perbuatan suspek tetapi suspek menengking anggota polis dengan nada tinggi dan menyatakan nama suspek adalah 'babi'," kata Sulaiman dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau, anggota trafik dengan bantuan unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kemudian berjaya menahan suspek berkenaan.

Sulaiman berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan mendapat arahan tuduh oleh Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis di Mahkamah Seksyen di sini, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Share this article

2 Komen:

  1. elok sgtlah nama dia babi..sbb perangai pun memang perangai babi

    BalasPadam
  2. Tengok cina.. Mesti dap sebab mereka ni sejak kecil telah diajar benci pada Melayu.. Kalau cina Bn mereka hantar anak2 mereka kat sek keb..sbb tu pandai cakp Melayu..tapi cina Dap hanya pandai cakap BABI

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top