Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

WOW!!! Kereta Mewah Plat "PENANG" Buat Guan Eng Di Hong Kong?


Wah.... layanan VIP dengan kereta mewah di Hong Kong? Siap dengan no. plat "PENANG" lagi. Sekali imbas pun dah tergerak hati seolah-olah ada sesuatu yang "tidak kena" di antara Lim Guan Eng dengan usahawan Malaysia di Hong Kong, Cheah Cheng Hye ini.
Setiap kali Lim Guan Eng atau Isteri ke Hong Kong, mereka menjimatkan banyak duit rakyat Pulau Pinang daripada membayar tambang teksi.

Mereka menggunakan secara percuma kereta mewah menggunakan nombor plat ‘PENANG’ milik pengurus dana berpengkalan di Hong Kong

Lim Guan Eng tak mau saman South China Morning Post?
“Cheah Cheng Hye hails from Malaysia and owns a car with a vanity plate spelling out “PENANG” (the chief minister of Penang state is known to use the vehicle whenever he comes to Hong Kong). “
http://scmp.com/business/money/markets-investing/article/1287814/value-partners-chief-keeps-it-real (Artikel dipetik daripada blog PakDin.MY.)
Mungkin dengan pendedahan ini pihak SPRM boleh "buat kerja" sedikit dengan melihat unsur-unsur rasuah yang kemungkinan besar wujud di antara Ketua Menteri Pulau Pinang dengan ahli perniagaan tersebut. Skop rasuah ni kan luas. 

Apa itu Rasuah?

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
  1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
  2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
  3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
  4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
Gagal Melapor

1. Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah
  • Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009
  • DENDA : Tidak lebih RM100,000 
  • PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali 

2. Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan
  • Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009
  • DENDA : Tidak lebih RM10,000 
  • PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali 

Anda Dilindungi

Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top