Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!!! "Pada Saya Mereka Telah Dikuburkan! - Veteran Bola Sepak"


Bekas bintang bolasepak kebangsaan, Khalid Ali membidas tindakan beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggalkan skuad kebangsaan sebagai perbuatan tidak patriotik.
Khalid yang pernah terlibat dengan pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik di Moscow pada 1980 itu menyifatkan empat pemain JDT itu langsung tidak mempunyai semangat patriotisme dan menambah mereka lebih teruk daripada “pemain kampung”.

“Tidak ada semangat langsung. Pemain kampung lebih baik daripada mereka. Saya langsung tak hormati mereka.

“Jangan sebut nama mereka depan saya. Pada saya mereka telah dikuburkan. Saya langsung tidak menghormati. Jika saya jumpa mereka, saya tidak akan pandang mereka,” katanya kecewa dengan tindakan empat pemain JDT yang mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan.

Pemain JDT Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal mengumumkan persaraan mereka daripada skuad kebangsaan dengan alasan mahu memberi peluang kepada pemain muda.

Persaraan mereka dikatakan berkait dengan kritikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), baru-baru ini.

Tunku Mahkota Johor itu turut mendakwa FAM gagal memelihara kebajikan pemain.

“FAM lakukan apa yang biasa mereka lakukan iaitu mengabaikan mereka. Sama seperti bagaimana mereka mengabaikan kelab dan penyokong bola sepak di seluruh negara selama 30 tahun,” katanya.

Khalid turut meminta agar FAM menyenarai hitamkan mana-mana pemain yang ingin bersara daripada skuad kebangsaan selepas ini.

Katanya, sekiranya FAM mengambil kembali pemain yang bersara itu, dia akan menjadi orang yang pertama menentang badan bola sepak Malaysia itu.

“Saya katakan kepada FAM kalau FAM ambil pemain yang bersara sekarang ini, saya kata saya akan mengutuk FAM sedalam-dalamnya. Lupakan mereka semua ini. Jangan kita pandang lagi pemain-pemain yang telah bersara. Kita senarai hitamkan mereka.

“Biar mereka bersendirian. Itu cara paling baik nak ajar orang yang nak membunuh bola sepak dalam negara kita,” katanya kepada FMT.

Bekas pemain Selangor itu turut menyarankan agar pemain JDT yang ingin bersara meneruskan niat mereka secara besar-besaran dan menasihatkan agar pemain kebangsaan yang dipilih nanti bekerja keras dan buat yang terbaik.

“Saya nasihatkan pemain JDT yang nak bersara sekarang ini buat besar-besaran sekarang. Pemain yang ambil alih bekerja keras. Ini satu pengorbanan pada negara. Kami dibelakang masih menyokong,” katanya.

BERSARA AWAL RUGIKAN SKUAD NEGARA

"Ia merupakan satu kerugian kepada pasukan negara," demikian reaksi Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pengumuman empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) bersara daripada skuad kebangsaan. 

Tengku Abdullah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, kesemua pemain terlibat sepatutnya berbincang dengan badan induk bolasepak negara tentang masalah yang dihadapi sebelum mengambil tindakan sedemikian. 


"Saya kena dapat laporan, saya sendiri pun baharu saja mendapat tahu berita ini. Memang saya tahu kita (pemain) kena bersara suatu hari nanti tetapi kalau nak bersara awal tanpa tahu sebabnya ia merupakan satu kerugian," katanya.

Sejak Selasa lepas, empat pemain JDT dalam pasukan kebangsaan iaitu Aidil Zafuan Abdul Razak, Safiq Rahim, S Kunalan dan Amirul Hadi mengumumkan persaraan daripada skuad Harimau Malaysia. 

Tindakan mereka itu mencetuskan pelbagai tanda tanya dan kebimbangan dikalangan peminat bola sepak negara berikutan khidmat mereka masih diperlukan bagi menguatkan pasukan negara yang kini berada di ranking 167 bola sepak dunia. 

Dalam masa yang sama Tengku Abdullah tetap menghormati keputusan empat tunggak utama pasukan kebangsaan itu. 

Tengku Abdullah bagaimanapun enggan membuat sebarang andaian berhubung perkara itu, walaupun ada pihak mengandaikan satu usaha untuk 'mensabotaj' FAM.

Berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap empat pemain berkenaan Tengku Abdullah menyatakan beliau menyerahkan perkara itu kepada FAM. 

"Elok kemuka terus (soalan) kepada pengurusan tertinggi dan pihak yang berkenaan," tambahnya.
Share this article

5 Komen:

  1. bila FAM nak tukar presiden..

    BalasPadam
  2. Aku tengok budak2 sekolah main bole lagi hebat dari 4 ekor pemain johor tu. Buang yg keroh, ambik yg jernih. Team johor adalah yg paling perasan aku pernah tengok. Berlagak dari yg atas sampai bawah. Kalau tak belanja berjuta2 utk pemain impot, tak ke mana pun..

    BalasPadam
  3. Habis semua pemain terbaik negeri lain dibeli pastu cerita pasal pembangunan bolasepak.

    BalasPadam
  4. Yg untung pemain juga, puloh2 ribu tiap2 bulan kalau dikumpul dan mencapai juta. tu pasal nak bersara kalau boleh nak bersara terus dari jdt duduk rumah diam2 duit simpanan x habis makan.

    BalasPadam
  5. Biarlah...niat mereka hanya Allah jer yang tahu...tak rugi pun...ramai lagi bakat2 sedang menunggu peluang...senang sikit kerja Fam

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top