Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BERSATU DENGAN ANWAR : Muhyiddin Jelaskan Pendirian!!!


Inilah yang dikatakan politik. Tiada musuh sebenar atau kawan sejati. Segala-galanya mungkin berubah sekelip mata demi agenda politik masing-masing.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata bahawa beliau bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan, PAS dan pertubuhan masyarakat sivil untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia di samping mengambil langkah-langkah perlu untuk melakukan reformasi institusi.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata bahawa beliau telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz dan rakan-rakan yang lain mengenai keperluan penubuhan sebuah wadah politik untuk meneruskan perjuangan ini menerusi penyertaan di dalam pilihanraya.

“Pada masa yang sama, saya juga akur bahawa penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain.

“Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya.

“Saya juga bersependapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Seri Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

“Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebooknya .

Katanya lagi, beliau amat mengalu-alukan perkembangan positif ini dan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.

Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul.

“Saya yakin Malaysia sudah bersedia untuk menyongsong arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat, menentang rasuah, salah guna kuasa dan manipulasi sentimen perkauman yang melampau demi mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.

“InsyaAllah, berkat muafakat rakyat dan jiwa besar pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan kepentingan negara, kita akan berjaya mengenepikan perbezaan, mewujudkan kesepakatan dan mencapai kemenangan,” ujarnya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top