Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PILIHANRAYA NEGERI : Guan Eng Kian Gelabah Menanti Esok!


Guan Eng ibarat cacing kepanasan ketika ini. Ianya gara-gara menantikan persetujuan sekutu-sekutu DAP terhadap hasratnya untuk membubarkan DUN dan seterusnya mengadakan PRN bagi negeri Pulau Pinang.

Panas bontot kedudukannya bakal tergugat di Pulau Pinang, Guan Eng tetap berkeras mahu mengadakan pilihan raya mengejut di negeri yang ditadbirnya ketika ini kononnya bukan untuk dirinya tetapi ia adalah untuk nasib penduduk Pulau Pinang.

Katanya parti itu sedang menunggu persetujuan daripada PKR dan PAN berhubung cadangan mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.

Bercakap kepada media pada Sabtu Guan Eng membayangkan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat apabila kedua-dua pihak mencapai persefahaman mengenainya.

“DAP berpendapat kami perlu mengadakan pilihan raya negeri.

“Seperti yang saya katakan ia bukan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng tak boleh diselamatkan.

“Tetapi ia adalah untuk menyelamatkan Malaysia, dan menyelamatkan Pulau Pinang,” katanya selepas merasmikan Simposium Peringatan Dr Wu Lien-Teh di George Town, hari ini.

Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang sedang berdepan pendakwaan kes rasuah di mahkamah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan tuduhan pengezonan semula sebidang tanah pertanian menjadi komersial.

ADUN Air Puteh itu juga didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn yang dikatakan lebih rendah daripada nilai pasaran.

Penjual banglo itu Phang Li Khoon juga didakwa di mahkamah yang sama.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sendiri mengendalikan kes Guan Eng.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy memaklumkan DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Guan Eng dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1.

“DAP bersikap jelas berhubung isu pilihan raya negeri dan apa yang diperlukan kini adalah persetujuan bersama daripada PKR (serta Parti Amanah Negara).

“Kami mengadakan mesyuarat para Ahad. Kita tunggu pengumuman mengenainya,” katanya lagi.

Rabu lalu Guan Eng memaklumkan DAP tidak akan membuat keputusan sepihak berhubung cadangan mengadakan pilihan raya negeri sebaliknya terus berbincang dengan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top