Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Aksi "Henjut" Kak Mawar Luc@h Dan Memalukan!!!


Semakin hari semakin "over" la pula iklan-iklan promosi ni. Selepas memaparkan aksi memalukan diri dalam rakaman video mempromosikan produk Jus Khazanah sebelum ini, Kak Mawar muncul lagi dengan video terbaharu, juga menggunakan ‘kaedah pengiklanan’ serupa.

Seperti video pertama, Kak Mawar tanpa segan silu memaparkan aksi ‘berahi’ sambil menggunakan ayat-ayat yang tidak sesuai diungkapkan secara terbuka demi mempromosikan produk yang ingin dijualnya.

Apa yang menimbulkan kecaman ramai seperti diluahkan di ruangan komen video tersebut dikongsikan adalah, gaya Kak Mawar itu boleh menimbulkan persepsi buruk seorang wanita Muslim di mata masyarakat.

Iklan terlampau yang berunsur lucah itu sehingga kini dikritik teruk oleh pengguna Facebook.

“Merendahkn maruah wanita… seolah-olah kahwin semata untuk l*b*ng dan bat*ng… kepala bana dia,” tulis Saiful Zabidi.

“Macam cilaka! Makin melampau sekarang ni sebab nak jual produk sanggup buat video ala ala lucah! Bodoh! Buat malu kaum hawa dan bangsa melayu!

“Nak kaya punya pasal sanggup buat benda-benda bodoh macam ni…budak-budak kalau tengok video ni apa jadi? Otak ada pakai la ni semua punya dari terlajak laris,” berang Shaik Jamaluddin.

“Yang jatuhkan maruah wanita, bukannya lelaki, tetapi wanita sendiri,” tulis Azman Zaki.

Sungguhpun mahu mempromosikan produk, buatlah dengan cara yang bijak dan bersopan. Dengan cara ‘kotor’ seperti ini ianya tidak akan membuatkan orang membeli produk itu, malah dikeji lagi ada. 

SUMBER


Malu Seorang Muslimah

Seorang wanita yang mempunyai sifat malu akan menjaga dirinya sebaik mungkin. Menjaga kehormatan dan maruah diri, menjaga penampilan, menjaga pergaulan dan peribadinya. Kerana sifat malu adalah perasaan yang dapat membenteng seseorang daripada melakukan perkara yang dapat menghancurkan dan memusnahkan maruah diri dan agamanya.

Sifat malu itu akan memperlihatkan kemanisan dan ketinggian akidah seseorang wanita. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap agama itu adalah akhlak, dan akhlak Islam ialah malu.” Malah, malu juga dapat memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi. Dan paling penting, sifat malu dapat menguatkan diri kita sebagai seorang mukmin kerana malu dan iman harus bergerak seiring.

Dimana Malumu?

Malu memang sifat seorang perempuan, sifat seorang wanita. Tapi bukan semua wanita punyai sifat malu. Apatah lagi pada zaman yang serba moden ini. Tidak keterlaluan saya katakan, ramai dikalangan wanita sudah hilang malu dalam dirinya. Mereka sudah tidak malu 'menelanjangkan' diri walaupun berpakaian. Melalui laman sosial facebook contohnya, wanita sengaja mendedahkan gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat, berposing maut dan sebagainya. Melalui pemakaian pula, mereka memakai pakaian seksi, ketat dan menampakkan tubuh badan. Dan bukankah ini boleh dikatakan 'membogelkan diri'?

"Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan agama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerahkan diri"
- Puteriku Sayang nyanyian Hijjaz -

Wahai saudariku, ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya.
Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat.
Diperhatikan oleh manusia untuk dicontohi. Diperhatikan juga oleh musuh untuk dipergunakan.

Kerana malu itu perisai orang beriman!

Saudariku, malu adalah kunci segala kebaikan. Maka, tanamlah sifat malu itu dalam dirimu. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya" [Riwayat Bukhari]
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top