Nuffnang

PADAN MUKA : Rayuan Rafizi Dan Adam Adli Ditolak, Mahkamah Beri Amaran!!!


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan sekumpulan aktivis termasuk Adam Adli Abdul Halim untuk membatalkan dakwaan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) atas penglibatan dalam perhimpunan Black 504 di Padang Merbok, di sini pada 22 Jun 2013.
Hakim Mahkamah Tinggi Amelia Tee Abdullah berkata beliau mengambil keputusan itu berdasarkan dua keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes PPA sebelum ini, di mana Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan Setiausaha Eksekutif PKR Johor P Yuneswaran.

Dalam kes Nik Nazmi, Mahkamah Rayuan pada 2014 menetapkan Seksyen 9(5) akta tersebut bertentangan dengan Perlembagaan.

Dalam perbicaraan berbeza membabitkan Yuneswaran, Mahkamah Rayuan memutuskan penganjur yang gagal memberikan notis 10 hari kepada polis boleh didakwa dan dihukum mengikut akta itu.

“Berdasarkan dua keputusan bertentangan ini, mahkamah tinggi bebas memilih salah satu antaranya (sebagai rujukan),” katanya.

Selain Rafizi dan Adam Adli, turut didakwa adalah ahli sekretariat PKR Adib Ishar, bekas timbalan Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan aktivis Safwan Anang, Ehksan Bukharee dan Mohd Bukhari Sofian.

Mereka diwakili peguam Melissa Sasidaran.

Hakim juga memberi amaran kepada Adam, Adib dan Khairul Anuar yang tidak hadir hari ini agar datang pada sesi sebutan semula yang akan datang bagi mengelak daripada mencabuli ikat jamin.

Melissa ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk mengaku bersalah atau tidak.

Sebelum ini, mereka didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ekoran penganjuran perhimpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun lalu.

Rafizi dan Adib didakwa mengikut Seksyen 15(3) atas tuduhan menganjurkan perhimpunan, tidak mematuhi syarat polis dan tidak memohon kebenaran pemilik padang.

Khairul Anuar, Adam Adli, Safwan Anang, Ehksan Bukharee dan Mohd Bukhari Sofian pula didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) atas tuduhan berhimpun di tempat larangan di perkarangan Masjid Abdul Rahman, Universiti Malaya pada hari yang sama.

Mahkamah menetapkan 21 Jun depan untuk sebutan kes. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top