Nuffnang

BIADAP!!! Amran Fans Dikecam Netizen Isu Rogol Dan Cangkul!!!


Sejak memuatkan status 'cangkul' berbaur sindiran dengan tujuan berjenaka, page Amran Fans terus diserang netizens sejak semalam. Status berkenaan ialah tentang AF yang kekononnya sedang menekel seorang gadis menerusi WeChat namun tidak dilayan pada awalnya selepas memuatkan gambar cangkul yang juga alat bukti bagi kes pembunuhan kejam, sarcastik dan kontroversi di Indonesia pada ketika ini, gadis tersebut terus berbalas komen. 
Screenshot perbualan berkenaan kemudiannya diupload oleh AF dengan tujuan untuk berjenaka tetapi nampak gayanya netizens tidak dapat melihat sindiran berkenaan dari sudut berkenaan sebaliknya beranggapan admin AF biadap dan melampaui batas kemanusiaan apabila tidak sensitif dengan membuat lawak atas insiden kejam lagi ngeri itu.

Terdapat segilintir netizens beranggapan bahawa AF sedang membuat marketing dengan melakukan kontroversi bagi melariskan jualan buku terbarunya. Malahan screenshot perbualan yang menjadi kontroversi itu juga dikatakan adalah propaganda AF bagi mencipta kontroversi. Mereka mempersoalkan tindakan AF yang kontras dengan apa yang pernah dikritik oleh AF sendiri dalam mengulas isu tudung Fareeda. 

Fareeda guna cara kontroversi sebagai teknik marketing tak boleh tetapi AF sendiri melakukan perkara yang lebih kurang serupa bahkan lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh Fareeda, yang itu bagaimana pula? Lebih kurang begitulah yang dipersoalkan oleh sesetengah netizens. Samada ya atau tidak, AF menggunakan isu cangkul bagi melariskan jualan bukunya itu tidakla diketahui namun apa yang pasti kesan daripada tindakan tersebut, sesetengah netizens mengajak kepada memboikot buku AF. 

Kata mereka, beli buku Meran pun yang kaya Meran so tak payah nak support lelaki kurang ajar dan biadap begini..

Berikut antara penulisan-penulisan yang mengecam tindakan AF ;

Aku bukak page Amran Fans tengok dia ada buat rape joke. Hantar gambar cangkul dekat pompuan di WeChat. Ini contoh mentaliti dunia kelas ketiga. Make fun of everything. Kesannya bahaya memandangkan page Amran Fans digemari ramai pelajar sekolah.


Jenayah rogol bukan boleh dibuat jenaka. Serangan seksual ialah perkara serius. 

Menjadikan rogol sebagai jenaka hanya akan mengurangkan rasa simpati masyarakat kepada mangsa rogol. Aku tak terkejut bila lepas ni orang constantly victim blaming atau memberi reaksi "alahhh rogol jeeee. Bukan mati pun." 

Atau paling koman bagi reaksi "siapa suruh seksi. Kan dah kena rogol." Semuanya gara-gara tidak menjadikan jenayah rogol sebagai isu serius.


Aku tak suka perangai sombong perempuan tapi rogol bukanlah cara untuk justify balasan perbuatan sombong mereka. Be more than just a man. Kalau orang tak suka, be better, do better, and put more efforts. Penolakan bukanlah provokasi bila melibatkan cinta. Tiada satu pun alasan yang solid di dunia ini untuk membenarkan jenayah rogol.

Dan sebagai guru, aku mampu ajar remaja lelaki agar menghormati perempuan dan ajar remaja perempuan agar lebih terer membaca tipu daya lelaki. Tapi audience aku kecil saja. Sekadar beberapa ratus orang. Page yang beratus ribu likerzzz seperti Amran Fans sebagai anggota masyarakat yang patut buat community service meningkatkan kesedaran. Bukannya mengundur ke belakang dengan menjadikan wanita sebagai objek.

Apa pun, regarding kes cangkul di Indonesia tempoh hari, aku kesian jugak. Aku bukan jenis suka balas violence dengan violence tapi tengokkan berita tu, most part of me harap sangat penjenayah tu semua dapat ke tangan orang ramai.


Akhir kata, jagalah keluarga masing-masing. Ajarkan kepada anak-anak lelaki agar menjadi gentleman. Ajarkan kepada anak-anak perempuan agar berhemah dalam penolakan.


SUMBER.


Dan ZF Zamir menulis ;

Tuan-tuan,

1. Amran Fans ni hanyalah simptom. Yang memang masyarakat kita sedang sakit. Tenat.

2. Perempuan ni bukan saja adik beradik kita, atau rakan taulan. Tapi juga isteri. Ibu kita. Orang - yang melahirkan anak-anak kita.

3. Syurga kita di tapak kaki mereka. 

Mengkhianati mereka, samalah sepertinya kita mengkhianati ibu kita sendiri. Menolak syurga kita nanti.

4. Sejak semalam, ada rakan perempuan yang mesej aku katanya tak lalu makan.

5. Ada yang muntah lepas baca kes Enno ini di Fb. Ya, muntah betul-betul.

6. Ada yang sampai paranoid menggigil ketakutan tak keluar rumah tak keluar bilik.

7. Ini semua, rakan perempuan kita. Berpangkat adik, sebahagiannya kakak kita sendiri.

8. Ada pula mangkuk ni, setan yang dilaknat pi buat status Fb persenda rogol. Walaupun mangkuk ni bertopengkan Fb Page (sebab takut nak dedah identiti sendiri – jenis tacing kalau orang maki)

9. Tidak ada binatang yang lebih binatang daripada diri kita sendiri sebenarnya, lelaki murahan yang memperlekeh dan merendah-rendahkan kaum wanita ni.

10. Penyakit sebenar masyarakat kita ialah diri kita sendiri. Lelaki-lelaki gampang yang lemah syahwat, mengemis Likes dengan mempersenda perbuatan rogol.

11. Kita boleh report page, tapi kita semua tahu, berapa kali dah depa ni tutup buka page sebab report? (sambil-sambil tu sempat buat sepam dua buku buat jual)

12. Hak dan batil tu tak bercampur. Benda betul harus diperkatakan betul. Yang salah tetap salah.

13. Selain report, kita juga bertanggungjawab didik anak lelaki, adik beradik serta si suami untuk hormat perempuan sebagai perempuan.

14. Walau sekuat mana kita doa Amran dihapuskan pun, takkan jadi apa kalau kita sendiri tak didik rakan taulan, warga lelaki untuk hormat perempuan sebagai perempuan.

15. Kerana tiap satu Amran dijatuhkan, akan bangun beratus lelaki bangang yang lain pula.

16. Hanya ilmu yang akan menyelamatkan kita. Hanya melalui didikan, Amran-Amran ini dapat dihapuskan. (mengakulah, kita hidup dikalangan lelaki bangang ini saban hari tiap masa)

17. Aku tak pernah lagi melawan Amran ni. Harap kali terakhir ni, dia jatuh tersungkurlah.

SUMBER.



Apa pandangan korang?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top