Nampaknya hari ini merupakan hari "suwei" buat pembangkang. Manakan tidak, kesemua kes mahkamah melibatkan kepimpinan mereka nampaknya tidak menyebelahi mereka. Rayuan Rafizi, Adam Adli, Anwar Ibrahim dan terkini Lim Guan Eng semuanya ditolak bagi kes masing-masing.
Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi agar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibayar ganti rugi RM300,000 apabila beliau memenangi saman terhadap sebuah portal berita, wartawan dan pejuang warisan dan alam sekitar berhubung satu artikel.
Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel tiga hakim, mengumumkan keputusan itu hari ini setelah membenarkan rayuan Free Malaysia Today (FMT) milik MToday News Sdn Bhd, bekas wartawan S. Karunakaran dan pejuang warisan Prof Jimmy Lim Cheok Siang.
Bercakap kepada pemberita kemudian, peguam Datuk Baljit Singh yang mewakili Lim berkata mahkamah mendapati artikel berkenaan tidak bersifat memfitnah dan dengan itu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.
Pada 4 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Georgetown memerintahkan Lim dibayar ganti rugi RM300,000 di samping faedah lima peratus setahun dan kos guaman RM30,000 apabila beliau memenangi saman terhadap tiga defendan berkenaan.
Hari ini, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan ketiga-tiga defendan itu setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.
Lim menyaman mereka kerana mendakwa beliau difitnah melalui satu artikel yang disiar dalam FMT pada 6 Dis 2013.
-Bernama
https://www.youtube.com/watch?v=H5hgdWkpWh8
BalasPadam