Nuffnang

PALSU DAN JAHAT : SPRM Buat Laporan Polis Ke Atas Tun Mahathir!!!


Tun Oh Tun..... Mengapa semakin hari semakin "janggal" dan "tidak masuk akal" tindakan serta kenyataan yang Tun buat. Apakah Tun lupa krisis pada 1983, di mana pindaan perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Dan kelmarin Tun pula membuat tuduhan bahawa Yang di-Pertuan dan Raja-Raja Melayu dikenakan tahanan rumah. Apa citer Tun Oiii.....

Susulan itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaannya itu.

Beliau berkata dakwaan bekas perdana menteri itu “palsu dan jahat”.

Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu berkata beberapa portal berita melaporkan tentang perkara itu.

Katanya, Mahathir mendakwa tahanan rumah itu bertujuan menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menerima tandatangan 1.4 juta rakyat yang beliau (Dr Mahathir) dakwa dikumpulkan.

“Dengan menuduh kerajaan mengenakan tahanan rumah ke atas Seri Paduka, Tun Mahathir bersikap keterlaluan, melampaui batas,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

Beliau turut menyelar Dr Mahathir berhubung cubaannya melibatkan raja berperlembagaan dalam politik, serta politik partisan untuk kepentingannya.

Tunku Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir itu menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam, dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap bekas perdana menteri itu. – BERNAMA

IMBASAN KRISIS RAJA-RAJA MELAYU

Pada 1993, Tun melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

“Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.

“Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya),” katanya. 

Share this article

3 Komen:

  1. Nape tak kasi tun m jumpa agong? Kan macam house arrest tu. Takde dlm perlembagaan lah, baling kaca tak pecah lah....tapi takut dan kecut bila deklarasi dah sejuta lebih....poodah!

    BalasPadam
  2. menipu, putar belit, pecat sana pecat sini, spin sana spin sini pasal 2.6B memang sifat yg terpuji..

    BalasPadam
  3. MELAYU MUDAHNYA LUPA. MASIH TERNGIANG NGIANG APA MAMAKTUN UCAPKAN DULU. KALAU MANA2 MACAI MAMAKTUN NAK TENGUK DENGAR...TENGUK YOUTUBE. BERKOBAR2 UCAPANYA.
    SIAPA MUDAH LUPA?????

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top