Ia ibarat bom jangka yang tiba-tiba meletup dan mengejutkan ramai pihak. Pendedahan mengejut yang dilakukan oleh seorang pengaturcara komputer sambilan, Azharuddin Bin Othman @ Abdullah petang semalam cukup menggemparkan.
Manakan tidak, disaat kem Tun Dr Mahathir sedang meraikan “kejayaan” palsu mereka mengumpul lebih satu juta tandatangan, dia tampil menyatakan kebenaran disebalik 1.27 juta tandatangan berkenaan.
Dalam sidang medianya ada disebut tentang penglibatan Ema atau nama penuhnya, Syarul Ema Rena Abu Samah yang didakwanya sebagai individu yang bertanggungjawab mengupah Azharuddin sebanyak RM 5,000 untuk membekalkan 1.2 juta nama melalui database yang ada padanya.
Jika dilihat dari segi moral, sudah tentu pendedahan ini akan memalit aib kepada Tun M dan beberapa orang lagi yang dikaitkan Azharuddin dalam sidang medianya sebentar tadi. Manakan tidak, betapa terdesaknya kem Tun M untuk mendapatkan database berkenaan bagi membolehkan Tun M mendapatkan sejumlah tandatangan yang beliau mahukan melalui jalan yang cukup jijik.
Melihat kepada pendedahan berani ini, pastinya ramai yang tertanya-tanya, apa reaksi Tun M dan Syarul Ema Rena berhubung perkara ini. Adakah mereka memilih untuk mendiamkan diri tanpa perlu tampil menafikan akuan bersumpah dan transkrip perbualan menerusi applikasi Whatsapp atau berani muncul di khalayak ramai menafikan semua bukti-bukti berkenaan.
Paling utama, adakah kali ini Tun M cukup kental hatinya mengemukakan saman kepada Azharuddin kononnya untuk membersihkan namanya? Bagaimana pula dengan Syarul Ema, adakah dia cukup hebat untuk mengemukakan saman kepada Azharuddin?
Menerusi pendapat yang dapat dilihat di Facebook hari ini, ramai yang yakin pendedahan yang dibuat oleh Azharuddin adalah benar dan bukan diada-adakan. Keberanian dia tampil dengan akuan bersumpah dan transkrip perbualan menerusi applikasi Whatsapp membuktikan, dia memang benar-benar serius mahu membongkar apa yang telah berlaku sebenarnya dalam Deklarasi Rakyat berkenaan.
Justeru, jika benar Tun M dan kuncu-kuncunya termasuk Syarul Ema Rena tidak terlibat dalam skandal paling menjijikkan ini, adalah wajar bagi mereka mengemukakan saman terhadap Azharuddin sebagai jalan membersihkan nama mereka.
Namun andai mereka memilih untuk mendiamkan diri atau Syarul Ema Rena memilih memuat naik video buatan sendiri tanpa sebarang saksi sebagai menafikan penglibatannya, jelas sekali apa yang didakwa oleh Azharuddin memang mempunyai asas dan pihak polis digesa menyiasat perkara ini.
Ini kerana, 1.27 juta nama yang diserahkan oleh Azharuddin kepada Syarul Ema atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga ini benar, ianya telah mencabul hak privasi seseorang rakyat Malaysia dimana segala database mengenai setiap orang rakyat Malaysia adalah dilindungi dan kekal menjadi rahsia yang langsung tidak ada sesiapa boleh menyalahgunakannya. - SUMBER
Ketika ini pelbagai pihak telah membuat pelbagai andaian. Masing-masing dengan teori dan tafsiran masing-masing. Ada yang mengatakan Cikgu Bard telah dibeli oleh Najib Razak, ada juga yang mengatakan Azharuddin mereka cerita dan ada pula yang mengatakan ini hanya "mainan" Tun Mahathir.
Mengikuti isu ini, boleh juga dikatakan bahawa individu yang paling seronok adalah Azmin Ali. Ketika beliau teruk diserang soal rasuah duit dan perempuan, tiba-tiba ia lenyap begitu sahaja. Skandalnya ditelan dengan andaian Tun Mahathir dan Ratu Naga membeli serta merekayasa 1.2 juta tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat.
Dalam politik segala-galanya boleh berlaku. Tiada yang mustahil. Sama-sama kita tunggu pengakhirannya....
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....