Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Suspek Langgar Lari Dapat "Balasan" Kerana Sikap


Kuala Selangor – Seorang lelaki dibelasah oleh sekumpulan lelaki lain dalam satu kejadian di hadapan sebuah restoran makanan laut di Kampung Asam Jawa, malam tadi.

Menurut laporan awal lelaki berketurunan Cina itu dibelasah oleh beberapa lelaki Melayu yang tidak puas hati dengannya setelah terlibat dalam satu kemalangan maut.

Lelaki Cina tersebut dikenali sebagai Justin Lim Keng Joo, dikatakan telah terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa, Norjunaidah Sahak dikatakan cuba mengelak kenderaan yang dipandu Justin yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkannya hilang kawalan dan melanggar tembok simpang jalan.

Berdasarkan rakaman yang dimuatnaik di laman Facebook, pergaduhan itu menjadi kecoh dengan kehadiran hampir 200 orang penduduk kampung.

Bagaimanapun, polis yang berada di tempat kejadian segera mengawal keadaan bagi menyelamatkan lelaki tersebut dari terus dipukul dengan memasukkannya ke dalam kereta peronda.

Dua orang anggota polis turut cedera ringan di bibir dan calar di muka ketika cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Sementara itu salah seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Khumaizi Aspani mendakwa, sejurus selepas kemalangan Justin pergi menjamu selera di sebuah restoran makanan laut yang berhampiran tanpa memberikan sebarang bantuan terhadap mangsa yang maut.

Namun adalah tidak dapat dipastikan kesahihan maklumat tersebut. – SuaraTV

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top