Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANAS DAN BERBISA : Siapa Babi Atas Bukit Yang Dimaksudkan Hj Hadi?


Presiden PAS menyifatkan tekanan rakyat terhadap pengurusan pentadbiran Barisan Nasional (BN) bukan seperti 'anjing menyalak bukit' atau melakukan perbuatan sia-sia. 

Seteru Haji Hadi  PAS kata mereka umpama "Anjing menyalak bukit". Nah ini jawapan Haji Hadi di penutup ucaptama beliau. "Anjing bukan menyalak bukit tapi menyalak kat BABI diatas bukit". Masih berbisa seperti biasa. 

Anggaran 4,000 memenuhi setiap ruang didalam dan diluar auditorium Jubli Perak. Tahniah diatas kejayaan penganjuran dalam keadaan PAS diasak teruk oleh bekas teman mereka didalam Pakatan Rakyat dan penghijrahan besar besaran oleh ahli PAS ke wadah yang baru. 

Jelas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perjuangan rakyat menerusi pelbagai tindakan adalah isyarat penting bagi memberi teguran kepada kerajaan terutama dalam menguruskan ekonomi negara dengan baik.

"Orang boleh kata kita macam anjing salak bukit sahaja...ya macam anjing salak bukit.

"(Hakikatnya) anjing tak salak bukit, tapi anjing menyalak babi yang ada di bukit itu.

"Ini yang sebenarnya. Kita tak salak bukit. Tapi menyalak (menegur) kelemahan yang berlaku dan najis-najis yang memalitkan kita semua," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Kongres Rakyat di sini, Sabtu.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, Kongres Rakyat yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membabitkan parti politik negara ini adalah platform terbaik untuk mencari jalan penyelesaian bagi membina negara yang sejahtera, selamat dan bebas daripada tekanan ekonomi.

"Kongres hari ini mengajar kita bertukar fikiran walaupun kita adalah golongan yang lemah.

"Sebab itu kami memperkenalkan acuan Islam dalam menjayakan matlamat ini," katanya.

Tambah Hadi lagi, sikap parti-parti politik yang sentiasa bercakaran juga menyebabkan pelbagai masalah yang melibatkan kepentingan rakyat terabai.

"Kita tak pandai guna sumber manusia. Kita tak menggunakan sikap kemanusiaan yang sebenar yang ada pada kita.

"Kenapa sibuk bercakaran antara satu sama lain? Kita mengaku PAS juga bercakar, Umno juga bercakar, semua parti-parti bercakar antara satu sama lain.

"Bercakar dalaman, bercakar antara kaum. Sama-sama kaum pun bercakar," katanya

Jadi, Siapakah BABI yang dimaksudkan Haji Hadi secara khusus ? 
Share this article

1 Komen:

  1. Yang sinomnim dengan Babi adalah Cina. Dari dulu lagi ungkapan Cina Makan Babi sentiasa di hujung lidah orang Melayu. Tapi kini Orang Melayu yang ditarbiah oleh oleh Cina sanggup makan semeja dengan Cina yang menghidangkan Babi. Konon atas dasar perjuangan. Perjuangan apa!

    Perjuangan menghancurkan umat. PAS, PAN,PKR, UMNO jadi ulam DAP Bintang Tiga. Hidup DAP. Parti pembela Rakyat kini dulu dan selamanya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top