Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HIMPUNAN MELAYU BERSATU : Kejutan Dari PAS?


Kenyataan yang dibuat hari ini oleh Presiden PAS Hj Hadi Awang pasti membuatkan PR meroyan tak cukup tanah. Namun ia pastinya perkhabaran gembira khususnya buat orang Melayu. Hj Hadi berkata :

"Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan, yang kedua, orang Melayu perlu mengambilkira kaum lain, jangan abaikan kaum lain.

"Ini kerana saya sebut dalam banyak ucapan saya...kaum lain juga adalah mangsa penjajahan," kata Hadi.

PAS tidak menolak kemungkinan akan menyertai Himpunan Melayu Bersatu yang dirancang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 16 September ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata pihaknya akan menilai dahulu tujuan dan matlamat penganjuran perhimpunan berkenaan.

Menurutnya, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam sejak sekian lama tidak akan berganjak daripada prinsip serta dasar parti.

Menurutnya Hj Hadi lagi, PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih 4 kerana menganggap ia tidak wajar kerana diadakan ketika negara di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.

Mengulas mengenai tindakan peserta yang memijak gambarnya pada perhimpunan Bersih 4 baru baru ini, beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak matang.

"Saya anggap itu langkah kebudak-budakan. Saya anggap itu langkah budak, serah pada orang tua. Orang tua budak-budak tu. Saya harap kerajaan pun jangan jadi budak-budak."
Share this article

2 Komen:

  1. Terbaik Dari Presiden TGHA kerana menyokong himpunan Melayu..Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar

    BalasPadam
  2. Sememangnya satu-satunya faktor utama yang mampu utk menyatukan perpaduan sesama Melayu hanyalah ajaran Islam. Sebab itulah kita boleh lihat betapa bersusah payahnya mendiang karpal singh dan Ambiga bertindak untuk mengusulkan IFC bagi meminda undang-undang yang sudah termaktub didalam perlembagaan. Tujuan mereka tidak lain hanya untuk melumpuhkan undang-undang yg melibatkan perundangan ISLAM. Mereka juga tahu bahawa selagi mereka tidak berjaya untuk memecah-belahkan perpaduan umat Melayu, selagi itulah mereka tidak akan berjaya untuk merampas kuasa politik yang ada dinegara ini..

    Peranan untuk memecah belahkan undi Melayu mereka (pemimpin Cina DAP) telah menyerahkan kepada Mat Sabu GHB untuk melaksanakannya. Orang melayu harus berhati-hati didalam perkara ini. Bangsa Melayu harus ketepikan sifat mazmumah dan buruk sangka sesama ugama dan bangsa. Sekiranya ada perbalahan hendaklah kita kembali untuk berfikir secara waras dan kembali kepada Al Quran dan hadis Nabi sebab ini sahajalah satu-satunya kekuatan yang kita masih ada untuk berdepan dengan fitnah musuh Islam.

    Sebagai contoh ttg hubungan silaturrahim terdapat larangan dan amaran keras di dalam Al Quran Surah Muhammad: Ayat 22-23. Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.”

    Dan hadis Rasulullah SAW. َmaksudnya:
    “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top