Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

OPSSS!! Kit Siang Dakwa Melayu Sertai Bersih 4 Bukan Islam?


“Bersih 4.0 adalah batu loncatan dalam bina negara bangsa kerana peserta datang bukan sebagai Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh atau Taoists. Mereka hadir sebagai patriot negara,” - Lim Kit Siang


DAP menegaskan segelintir orang Melayu yang menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 baru-baru ini tidak hadir ke perhimpunan itu sebagai umat Islam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebaliknya berkata, Melayu yang menyertai perhimpunan itu datang tanpa identiti agama mahupun bangsa kerana pada mereka semua peserta Bersih 4.0 adalah sama.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh PKR, DAP dan beberapa NGO yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay pada 29 dan 30 Ogos lalu gagal meraih sokongan ramai rakyat Malaysia.

Perhimpunan jalanan tanpa permit itu turut didominasi oleh kaum Cina, jauh berbeza berbanding tiga edisi perhimpunan Bersih yang dianjurkan sebelum ini.

Peserta perhimpunan itu yang majoritinya penyokong parti pembangkang turut bertindak biadap dengan memijak-mijak gambar Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam) Sedunia dalam satu upacara semasa perhimpunan haram itu berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

Bila Tuan Gaharu Lim Kit Siang bawa kuar fatwa, boleh bergegar meja Dewan Ulama PAS...

Jadi pakat-pakat dah boleh kira la berapa ramai pendemo2 Bersih yg termasuk dalam kategori yg disebut oleh Lim Kit Siang... bila dah bukan Islam, maka automatik terkeluar dari senarai Melayu...

Tak hairanlah kenapa Tun M pun boleh mudah lupa... mungkin sebab dah tertelan fatwa Kit Siang...

Lepas ni, Khalid Samad and the geng yang terbelenggu dengan isu baiah pun boleh mula merisik-risik fatwa dari Mursyidul Am DAP, Tuan Gaharu Lim Kit Siang...
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top