Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TANGKAP TUN M? Ini Respon KPN


"Saya tak pernah cakap kita akan tangkap dia, apa yang saya beritahu adalah kita menerima laporan polis bahawa beliau telah berucap di majilis Bersih dan kita buka siasatan dan seperti biasa.
"Kita tak akan panggil dia datang namun kita akan menghantar pegawai kita untuk merakam percakapannya bagi melengkapkan siasatan. Kita juga akan buat temujanji dengan beliau," katanya selepas menerima pingat jasa pahlawan di Pulau Pinang pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan bahawa polis akan menangkap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung siasatan penampilan beliau di perhimpunan Bersih hujung bulan lalu.

Sebaliknya Tan Sri Khalid berkata polis akan menghubungi bekas Perdana Menteri itu untuk menetapkan tarikh temujanji bagi merakam kenyataannya.

Jelasnya, tiada timbul sebarang isu bahawa polis akan menahan Dr Mahathir seperti yang telah didakwa oleh sesetengah pihak.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang bersedia untuk ditangkap polis bagi memberi kerjasama ke atas siasatan terbabit di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada Selasa.

Sementara itu, Tan Sri Khalid menegaskan polis tidak akan membenarkan rancangan mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan baju merah di Kuala Lumpur pada 16 September ini.

Keputusan itu dibuat berdasarkan faktor keselamatan setelah mengambil kira kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Saya menyeru penganjur fikirkan tempat yang sesuai demi menjaga keselamatan masyarakat majmuk, jadikan Bersih sebagai iktibar dan berharap sebarang rancangan sebegini membolehkan penganjur waras berfikir demi keselamatan negara kita", katanya.

Perhimpunan Maruah Melayu yang juga dikenali sebagai "Kumpulan Baju Merah" itu dijangka berhimpun pada 16 September ini sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu. 

Pihak penganjur dilaporkan merancang untuk mengadakan perhimpunan itu di kawasan seperti Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Share this article

2 Komen:

  1. Kenapa Istimewa sangat Pihak Polis layan Pundekwan Mahazalim Maha cilaka Mahathir Mamakkuti, sepatutnya Mamak tongkang ini perlu hadir ke Balai Polis macam rakyat biasa.

    BalasPadam
  2. Ramai yang faham kedudukan perkara ini. TDM pun faham. Yang tak fahamnya ramai blogger bangang yang menimbulkan isu ini.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top