Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

AMUKAN ULTRAS : "Rambo Lekir" Antara 2 Yang Telah Ditahan!!


"Mereka tidak menyerah diri sebaliknya ditahan oleh pihak polis," 

Polis berjaya memberkas dua penyokong Ultras Malaya yang merupakan antara empat perancang utama yang menimbulkan kekecohan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Harimau Malaya dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kedua-dua suspek itu Mohd. Ridzuan Ahmad, 36, dikenali sebagai Lekir dan Alfadli Awaludin, 33, atau Rambo dikatakan ditahan di rumah masing-masing.

Ketua Polis Shah Alam ACP Shafien Mamat memerintahkan agar individu yang terpampang di dalam gambar tersebut hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan kes rusuhan semasa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2019 antara Malaysia dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam semalam pada sidang akhbar di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. Seramai 11 orang telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah berhubung kes rusuhan tersebut. 


Polis memburu 14 lagi penyokong termasuk empat perancang utama dipercayai terlibat dalam kekecohan sewaktu perlawanan pusingan kelayakan bola sepak Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dua perancang utama yang diburu dikenali sebagai 'Lekir' atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Ahmad, 36, yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan dan 'Rambo' atau Alfadli Awaludin, 33, yang beralamat di Seksyen 18, Shah Alam. 

Dua lagi perancang utama yang turut dicari dikenali sebagai 'Tok Anjang' dan 'Shap' yang merupakan pemimpin kumpulan penyokong Ultras Selangor. 

"Kesemua 14 orang ini diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini untuk diambil keterangan. Polis menerima maklumat keempat-empat individu terbabit ialah perancang utama insiden itu," katanya selepas mengedarkan 12 gambar suspek kepada media di IPD Shah Alam, di sini petang ini. 

Tindakan penyokong membaling suar dan bom asap ke padang mengakibatkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88 ketika pelawat sedang mendahului 2-1. 

Semalam, 11 penyokong termasuk lima penuntut universiti awam dan swasta direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 

Ditanya mengenai sekumpulan penyokong yang berjaya membolosi pintu masuk untuk orang kenamaan (VIP) tanpa pemeriksaan keselamatan ketika hari kejadian, Shafien mengakui perkara itu dan tidak menolak kemungkinan kumpulan kira-kira 50 orang itu yang membawa masuk bahan larangan tersebut ke dalam stadium. 

"Kita akan pastikan pada perlawanan akan datang pintu VIP tersebut yang sebelum ini dijaga anggota Rela akan dikawal polis bagi memastikan perkara itu tidak berulang," katanya. 

Mengulas mengenai perbincangan bersama wakil pengurusan Stadium Shah Alam dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini, beliau berkata polis memutuskan untuk memperketatkan pemeriksaan di pintu masuk, serta melarang penyokong membawa masuk sebarang peralatan yang boleh membahayakan orang lain.

"Contohnya, pemukul gendang boleh dijadikan senjata jika ada rusuhan dan ini boleh membahayakan orang lain. Jika ada yang bawa gendang mereka akan diminta letakkannya di luar dan ambil semula selepas perlawanan tamat. 

"Tidak payahlah bawa benda ini, saya seru penyokong bola datang dan tonton perlawanan bola dengan aman...cukuplah, jadikan insiden yang berlaku sebagai pengajaran," katanya sambil menambah penjual minuman juga selepas ini perlu melalui pemeriksaan keselamatan di pintu khas sebelum memasuki stadium. 

Sementara itu, pegawai Stadium Shah Alam, Mohd Nazrul Mohd Fauzi yang turut menghadiri perbincangan tersebut, berkata jumlah kerugian selepas insiden berkenaan dianggarkan RM51,200. 

"Ia meliputi kerosakan pada tempat duduk penonton, balapan dan pagar. 

Laporan kerugian ini akan diserahkan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) secepat mungkin," katanya. 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top