Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PRO ULAMA : Tokong Guan Eng Terus Menggila!!!


Berkerat rotan, berpatah arang. Mungkin itulah perumpamaan sesuai dengan tindakan terbaru daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Lihat surat di bawah :

SU PAS P Pinang diberhentikan kerja

Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.

Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu telah dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu telah diterima oleh Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana telah dihantar dengan tangan.

"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.

Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baru PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.


Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baru PAS masih cuba berbelit-belit bahawa mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar PAS.

Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.
1. Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri P.Pinang daripada PAS, Fadzil Kemi telah dipecat oleh kerajaan negeri, melalui surat bertarikh 12 Jun lalu. Beliau akan menerima pampasan sebulan gaji.

2. Ia berkaitan usul daripada Dewan Ulama dan Muktamar PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

3. Fadzil adalah setiausaha PAS negeri dicadangkan oleh Mohd Sabu memegang jawatan itu.

4. Sebelum ini, ahli majlis MBPP dan MPSP daripada PAS enggan letak jawatan, dengan alasan mereka dilantik oleh PAS.

5. Mereka sengaja tidak mahu bezakan antara "cadang" dan "lantik".

6. Lebih 1000 ahli pas memegang jawatan dalam kerajaan negeri.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top