Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BARUA DAP!!! Mat Sabu Dan Mahfuz Ditunjuk Jalan Keluar!!!


Gerakan "pembersihan" PAS nampaknya tidak terhenti setakat dalam muktamar mereka sahaja. Tindakan terbaru ini dengan jelas menunjukkan usaha PAS untuk "menyucikan" liberal daripada membayangi segala tindak tanduk PAS.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu hari ini digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, diganti oleh Mohd Fauzi Yusof.

Tindakan menggantikan Mat Sabu yang sebelum ini lebih ‘mesra’ DAP dan menentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilihat oleh pemerhati politik sebagai langkah ‘pembersihan’ kumpulan yang tidak sehaluan dengan kepemimpinan baharu parti itu.

Mat Sabu pada Muktamar Agung PAS Ke-61 baru-baru ini gagal mempertahankan jawatan Timbakan Presiden apabila tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man daripada ‘kem ulama’.

Berikutan keputusan Dewan Ulama PAS meluluskan usul menamatkan hubungan kerjasama dengan PAS, Mat Sabu yang turut memegang beberapa jawatan dalam anak syarikat Kerajaan DAP Pulau Pinang, meletak jawatannya.

Turut sama digugurkan ialah Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amirudin Hamzah.

Orang kuat Mat Sabu di Melaka, Haji Adly Zahari juga digantikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden PAS hari ini turut menyenaraikan pelantikan 14 Pesuruhjaya PAS negeri bagi penggal 2015-2017 yang menyaksikan enam negeri mendapat pesuruhjaya baharu.

Tiga negeri lagi yang mendapat pesuruhjaya baharu selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat penggal 2015-2017, Rabu lalu ialah Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Pahang, Tuan Ibrahim yang kini Timbalan Presiden PAS digantikan oleh ADUN Tanjung Lumpur, Rosli Jabar.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, yang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dilantik semula ke jawatan itu menggantikan ADUN Parit Yaani, haji Aminulhuda Hassan.

Sementara itu, Mustafa Daharun menggantikan bekas ADUN Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani di Negeri Sembilan.

Jawatan bagi negeri-negeri lain kekal.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top