Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ORKIM HARMONY : Lanun Minta Mereka Dilepaskan!!!

 

Perampas kapal tangki MT Orkim Harmony meminta supaya mereka dilepaskan sebagai syarat untuk mereka membebaskan kru kapal itu, kata Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid. 

Beliau berkata, buat masa ini TLDM sedang berkomunikasi dengan mereka menggunakan frekuensi radio. "Mereka tidak benarkan TLDM dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menghampiri kapal berkenaan demi keselamatan kru kapal. 

"Kami terpaksa berada pada jarak lima batu nautika dari kapal itu untuk memastikan semua kru selamat dan tidak diapa-apakan. Semua kru selamat.


"Mereka dipercayai ingin merampas minyak RON95 dan dijual kepada sindiket tertentu," katanya sambil menambah agensi lain yang terlibat adalah APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. 

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top