Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

GILA KER? Perlawanan 30 Minit Selepas Waktu Berbuka, KJ Desak FAM Jawab!!!


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjawab segera isu berkaitan jadual perlawanan Liga Super antara Lions XII dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada malam esok yang dibangkitkan Hairuddin Omar. 

Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan demikian dalam entri terbarunya menerusi akaun Twitternya - Khairykj @FAM_Malaysia. Elok dijawab cepat - sebentar tadi. 

Hairuddin yang juga kapten ATM membangkitkan isu itu menerusi akaun laman sosial Hairuddin Omar Official Fan Page yang turut dipaparkan dalam tweet berkenaan.


Beliau antara lain dilapor melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan FAM membenarkan perlawanan Lions XII dan ATM di Stadium Jalan Besar Singapura, diadakan pada jam 8.30 malam, hanya kira-kira 45 minit selepas pemain selesai berbuka puasa. 

Aksi Lions XII menentang ATM itu adalah antara lima perlawanan Liga Super yang dijadual berlangsung malam esok. Empat lagi membabitkan Sarawak bertemu Perak di Stadium Negeri, Kuching bermula jam 9.45 malam. 

Tiga lagi adalah antara FELDA United menentang Selangor di Stadium Selayang; Terengganu lawan JDT di Stadium Mizal Zainal Abidin dan PDRM lwn Pahang di Stadium Shah Alam. Ketiga-tiga aksi ini bagaimanapun hanya bermula jam 10 malam.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top