Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Khairy : Kerajaan Negeri Selangor Juga Patut Dibubarkan!!! @KhairyKJ


“Daripada segi politik, ia tidak boleh dipertahankan lagi,” jawapan Khairy terhadap soalan yang diutara sebuah portal berita mengenai hala tuju kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya kerajaan Negeri Selangor dibubarkan ekoran kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat kini sudah tidak lagi wujud.

DAP menerusi kenyataan media pada hari ini menyatakan parti itu menerima keputusan muktamar PAS untuk memutuskan ikatan antara keduanya.

Jawatankuasa eksekutif pusatnya telah sebulat suara memutuskan bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 hasil kerjasama DAP, PAS dan PKR bersangkutan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyalahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebabkan kelumpuhan Pakatan Rakyat berikutan krisis Menteri Besar Selangor dan isu perlaksaan hudud.

Muktamar PAS ke-61 telah menerima usul tanpa perdebatan bagi memutuskan pertalian politik dengan DAP sejurus beberapa kenyataan dari pemimpin parti yang menyerang Abdul Hadi mengenai isu berkaitan hudud.

Walau bagaimanapun, usul tersebut menegaskan untuk mempertahankan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama parti komponen pembangkang, PKR.

Kit Siang sebelum ini pernah menyuarakan amaran bahawa Pakatan Rakyat berkemungkinan berkubur jika keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Sementara itu Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menegaskan satu mesyuarat Biro Politik mingguan akan diadakan malam ini bagi membincangkan kenyataan yang dikeluarkan Lim Guan Eng.

Pada masa sama, hanya beberapa pemimpin DAP dilihat menyuarakan pendapat mereka mengenai berita tersebut.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top