Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KEKALAHAN MEMALUKAN : Long Ball Bodoh @KhairyKJ


SUSULAN kekalahan memalukan 0-6 pasukan Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 terhadap pasukan Palestin semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) antara yang lantang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap mutu persembahan yang ditunjukkan oleh skuad kendalian Dollah Salleh.


Di laman mikro Twitter miliknya, KJ berkicau, “10 tahun plus. Corak permainan (DNA) baharu. Say no to long ball bodoh.”



KJ mengkritik keras gaya permainan skuad kebangsaan yang cenderung menggunakan corak hantaran jauh dan tidak berubah sejak 10 tahun lalu.

Menurut pemerhatian beliau, corak hantaran jauh tanpa tujuan yang sering kali diaplikasikan oleh pasukan Harimau Malaya lebih banyak memberikan kesan buruk kepada perkembangan sukan bola sepak negara.

Walaupun bermain di gelanggang sendiri namun pasukan negara yang diketuai oleh Safiq Rahim tidak memanfaatkan peluang tersebut apabila diaibkan oleh Palestin tanpa sebarang jaringan gol. –MYNEWSHUB.CC
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top