Nuffnang

ADMIN MyVi FMC!!! Adik Mangsa Kemalangan Maut Mohon Bersemuka!!!

Adik kepada arwah Fairuz Nizam Husain yang terlibat dalam kemalangan perlumbaan ahli kelab Myvi iaitu, Faizznur Asyraf Husain, 25 memohon agar admin kelab tersebut tampil bertemu dengannya.



Hasrat itu diluahkan oleh Faizznur menerusi laman sosial Facebooknya meminta ahli jawatankuasa kelab itu menghubunginya demi membela nasib kedua-dua anak arwah abangnya.


Menurut Faizz, dua anak arwah perempuan arwah abangnya itu kini dibawah jagaannya dan mahu memastikan nasib mereka berdua terbela diatas apa yang terjadi. 

Rata-rata komen di media sosial mengutuk Kelab MyVi FMC ini dan turut mengemukakan cadangan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.






Sementara itu, Polis meminta semua pihak termasuk media supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai kes kemalangan di Lebuhraya DUKE di ibunegara yang mengakibatkan tiga kematian termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan, kelmarin.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata kenyataan yang tidak tepat mengenai insiden itu boleh menjejaskan siasatan polis dalam usaha mendapatkan kebenaran.

Dalam kenyataan semalam, beliau memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak.

"Pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk didakwa," katanya.

Mohd Fuad berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang perempuan berumur 35 tahun susulan kemalangan maut itu.
   
Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata kedua-dua individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki melaporkan diri semula ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dalam masa dua minggu ini.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menggesa orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Kelmarin, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira pukul 1.05 pagi membabitkan tiga kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE.

Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan Mitsubishi Pajero yang dipandu Fairuz Nizam dan dua Perodua Myvi.


Gambar-gambar kejadian :










Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top