Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MALANG!!! Gagal Rogol Siswi, Lelaki Bogelll Jatuh Pokok!!!


KAJANG - Tindakan seorang lelaki memanjat pokok bagi mengelak ditangkap selepas mencabul seorang pelajar wanita di tandas asrama sebuah institut pengajian tinggi , di sini, membawa padah apabila dahan pokok itu patah dan dia terjatuh ke bawah.


Difahamkan dalam kejadian 6.45 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an itu patah tangan kanan selepas enggan turun dan bertenggek di dahan pokok berkenaan sebelum terjatuh .

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek sebelum itu bertindak mencabul dan cuba merogol mangsa yang sedang mandi di tandas berkenaan.

"Mangsa menjerit selepas suspek dalam keadaan bogel menerkam dan cuba merogolnya. Bimbang jeritan mangsa didengari rakan-rakannya, lelaki itu berlari keluar dan memanjat pokok berkenaan.

“Awalnya, walaupun didesak oleh pengawal keselamatan di situ untuk turun dari pokok, suspek enggan dan nekad berada di atas pokok selama kira-kira 15 minit, namun malangnya dia terjatuh apabila dahan tempatnya bertenggek telah patah," katanya.

Rashid berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kes cabul dan dadah.

“Lelaki itu sedang menjalani rawatan di Hospital Kajang dan berada di bawah jagaan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top