Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

GULING HADI!!! DAP Pergiat Gerakan Terbuka!!!




DAP terus memperhebatkan pukulan gendang perang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia susulan sokongan terbuka yang disuarakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang di parlimen selepas beliau memenangi kerusi Permatang Pauh semalam.

“Kemenangan kukuh dan meyakinkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pilihanraya kecil Permatang Pauh membuka laluan kepada beliau untuk dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang di parlimen,” kata kenyataan Kit Siang.


Tindakan Kit Siang itu jelas menidakkan ketokohan Hadi sebagai antara calon Ketua Pembangkang di parlimen lantaran menyedari bahawa DAP tidak akan mampu mengawal tindak tanduk Hadi sepenuhnya.

Malah Kit Siang juga seolah menafikan bantahan Hadi terhadap kriteria kepimpinan Wan Azizah sewaktu dicadangkan sebagai Menteri Besar Selangor, awal tahun ini.

Oleh itu jelas bahawa tindakan Kit Siang itu semata-mata memperlihatkan betapa DAP rakus mahukan menggunakan suara Melayu Wan Azizah dan kelemahan beliau sebagai boneka parti itu untuk terus mengelirukan masyarakat Melayu Islam dan rakyat di negara ini.

Dalam keadaan sebegitu, DAP juga tentunya berharap pemilihan PAS pada muktamar Jun ini akan menyaksikan ayam sabung mereka, Mohamad Sabu dan kelompok Anwaristas menumbangkan kelompok Hadi yang tidak mahu tunduk kepada percaturan politik perkauman DAP selama ini.

Lantaran itu, muktamar PAS Jun ini pastinya dinantikan DAP yang sudah tentu merencanakan kejayaan ayam sabungnya dan mereka yang sewaktu dengannya bagi mengelak DAP terpaksa berdepan Melayu yang sukar dikawal.

Tentunya, akan ada pertambahan kelompok dalam PAS yang bakal gelap mata dengan aspek kemewahan yang dihidangkan DAP di depan mata sekaligus memudahkan gerakan mengusir Hadi serta pengikutnya dari PAS.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top