Selamat maju jaya Mahfuz. Semoga cubaan kedua ini akan berhasil dan seterusnya berjaya memecah BOX OFFICE!!!
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan beliau akan ke Sydney, Australia sekali lagi untuk mengadakan pertemuan dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang sebelum ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Antantuya Sharibuu.
Mahfuz berkata, pemergian beliau ke sana mungkin melibatkan ibu Sirul bertujuan meninjau kesihatannya yang kini berada dibawah tahanan Pusat Imigresen di Australia namun ia masih dalam perbincangan.
Beliau berkata, tujuannya ke sana lebih kepada lawatan kemanusian tanpa melibatkan apa-apa isu yang sebelum dibangkitkan sebelum ini.
“Saya akan bertemu dengan Sirul menjelang atau awal Ramdhan nanti, kita akan melihat keadaan dia dan pertemuan kali ini sama juga seperti sebelumnya, tiada apa-apa maksud lain kecuali atas dasar kemanusiaan.
“Mungkin keluarganya akan sekali lagi dibawa ke sana, kita akan melihat perbelanjaan untuk pembiayaan bertemunya di Sydney nanti.
“Apa-apa perkembangan terbaru saya akan beritahu selepas selesai PRK (Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Rompin) nanti,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Namun begitu, penjelasan Mahfuz pastinya menimbulkan seribu persoalan kerana beliau sebelum ini telah menjadi ‘hero’ bagi menyelamatkan Sirul serta melakukan pendedahan ekslusif berhubung penglibatkan individu lain dalam kes pembunuhan tersebut.
Pastinya maklumat mengenai pemergian Mahfuz yang dijangka pada Ramadhan ini ditunggu-tunggu oleh ‘para penyokongnya’ dan mungkin ‘tragedi memalukan’ akab kembali berlaku kepada Ketua Penerangan PAS Itu?
-Utaranews.com
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....