Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

GAMBAR : Gadis Pemandu Myvi FMC Penyebab Kemalangan Maut Di DUKE!!!



Inilah wajah Siti Noor Aini, pemandu kereta Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di Lebuhraya DUKE kelmarin.


Wanita berusia 35 tahun itu ditahan semalam selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur di atas kecederaannya akibat kemalangan itu.


Bagaimanapun, dia dibebaskan pada hari sama selepas dirakam keterangan dan dibuat ujian air kencing.


Nahas di Lebuhraya Duke pada awal pagi kelmarin mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia 7 bulan.


Mereka yang terkorban ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa.


Sementara itu, rata-rata pengguna laman sosial Facebook melahirkan simpati buat kedua-dua beradik itu yang kini yatim piatu.


Tidak kurang juga yang mengecam si pelaku dan mendesak supaya keadilan ditegakkan buat keluarga mangsa. (SUMBER)

Ini pula rakaman CCTV yang merakamkan situasi 6 buah Myvi dipandu laju.




Apa yang lebih menggeramkan ialah respon oleh ahli-ahli Kelab MyVi FMC yang berlagak seolah-olah negara kita tidak mempunyai peraturan dan undang-undang. Lihat saja posting-posting mereka di bawah ini.








Kepada pihak berkuasa khususnya Polis, mohon sangat-sangat kes ini disiasat dengan segera dan pelaku sekiranya benar terlibat secara langsung dalam kemalangan maut tersebut diberikan hukuman yang paling maksima.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top