Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RIWAYAH PALSU : UKE VS MAZA - Bila Ulama Gila Kuasa!!!



Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.

“Saya akan membuat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.


Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.

Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.

Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah menggambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.

“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.

Secara keseluruhannya saya melihat komen Ustaz banyak berbentuk persepsi semata-mata tanpa menteladani sirah jemaah Islam di zaman Nabi terdahulu. Ustaz tidak berjaya melihat kekacauan hari ini adalah ulang tayang bagi catatan perjuangan umat Islam zaman berzaman.

Sehingga ke saat ini, hormat penulis pada Ustaz Kazim selaku salah seorang berperwatakan Ulama masih tidak luntur.  Diharapkan UKE agar terus aktif, bersama sejemaah dengan para asatizah lain supaya maklumat yang lebih tepat diperolehi. 

Benarlah sabda Nabi SAW:

عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ ، وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِد

Wajib ke atas kamu berjemaah. Jangan sekali-kali berpecah. Sesungguhnya syaitan bersama yang keseorangan.

Buat MAZA, Muzabzib ni dah melampau. Pernah menyamakan kerajaan dengan babi melalui gambar. Seorang yang bergelar mufti bersikap emosi 'syaitan' dan seakan menghasut, sama sekali tidak layak dengan sandangannya.


Cukup-cukuplah MAZA, tindakan yang tidak langsung mencerminkan siasah seorang ulama...jangan mengelirukan rakyat hanya kerana ketaksuban pada fahaman dan pembawaan ideologi sendiri semata-mata....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top