Nuffnang

TRAGEDI : 3 Exco Pemuda Maut Kemalangan!!



Sesungguhnya malang itu tidak berbau. Tragedi kali ini berlaku sekelip mata.Tiga anggota Exco Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) maut dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Keningau-Tenom kira-kira jam 11.20 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Ngeying Taong dalam satu kenyataan berkata, mereka ialah Wong Wan Siang, 43, Peter Tan Chee Vui @ Peter Chin, 44, dan Dolsin Merindang, 42.
   
Beliau berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas menghadiri Program Santai Exco Pemuda PBS Bersama Belia di Pusat Daerah Mengundi Pamilan, Tenom.
   
"Mangsa terbunuh apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai sedalam 10 meter dekat Jambatan Senagang," katanya.
   
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top