Kecoh seketika ini individu yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Zizan Razak sehingga ada pihak yang mendakwa inidvidu tersebut bertanggungjawab di atas perpisahan antara pelawak itu dengan bekas kekasihnya Emma Maembong, mengelak untuk mengulas mengenai isu itu.
Naib Presiden GenNext Astro, Puteri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata dia sudah memberikan kenyataan apa yang dirasakan wajar sebelum ini.
“Tidak ada kebenaran (mengenai dakwaan hubungan dengan Zizan), saya tahu anda semua pun tahu,” katanya ketika ditemui pada suatu majlis di sini hari ini.
Yasmin juga berkata, dia tidak akan membuat sidang media untuk menjelaskan perkara itu kerana dia beranggapan bahawa dia sudah menjelaskan situasi terkini.
“Saya perlu menghormati majlis dan pihak penganjur. Tidak patut tumpuan diarah kepada saya,” kata Yasmin mengelak menjawab asakan soalan media.
Ditanya kemungkinan Zizan memberi kenyataan pada majlis yang membabitkan pelawak itu malam ini, Yasmin berkata, Zizan lebih sesuai untuk mengulas mengenainya. (syfq/rtky)
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....