Nuffnang

HUDUD : Kit Siang Atau Islam Pilihan PAS?



PAS ooo PAS.....sampai bila lagi perlu mengalah kepada Kit Sial ni? Sampai bila agama dikorbankan demi tahalul basi yang dikongsi bersama Pakatan?

Lim Kit Siang menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkan rancangan meminda enakmen syariah negerinya bagi membolehkan pelaksanaan hudud sehingga ia selesai dibentang di Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).


Ketua Parlimen DAP itu berkata, ketiga-tiga parti dalam PR bersetuju tidak melaksanakan undang-undang Islam itu hingga ia selesai dibentang sepertimana diputuskan pada 8 Februari lalu.


"Walaupun terdapat laporan yang sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan akan berjalan pada 18 Mac, pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 masih belum dibentangkan kepada Majlis Pimpinan PR untuk dikaji, sepertimana diputuskan pimpinan PR daripada DAP, PKR dan PAS dalam mesyuarat pada 8 Februari," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.


Mengambil kira faktor kesuntukan masa bagi membincangkan undang-undang kontroversi tersebut, Lim menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkannya terlebih dahulu. 


Lim berkata PAS perlu mengelak daripada muslihat yang dimainkan Umno yang cuba memecahbelahkan PR dalam isu hudud khususnya.


"PR tidak boleh terjerat dengan tipu muslihat pemimpin dan strategi Umno pada ketika ini, di saat Najib sebenarnya sedang bergelut demi hayat politiknya sendiri – tidak kira bagaimana kuat dan kukuh pun penampilan politik beliau – atau tewas kepada komplot dan konspirasi Umno terutamanya dalam hal kerajaan perpaduan dan umpan palsu bagi membantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan," kata Lim. – Bernama,
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top