Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#VIDEOZAMANI : Artis Bersatu Kecam Tindakan Sebar Video Buli!!!!



PETALING JAYA: Para artis mengecam pihak polis khususnya individu yang merakam dan menyebarkan video penyanyi Zamani dipaksa menyanyi ketika ditahan bagi membantu siasatan kes dadah.

Satu hashtag yang dikenali #BantahTindakanPolisKpdZamani telah diperkenalkan dilaman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi meluahkan rasa ketidakpuasan hati akibat penyebaran video itu selain menganggap perbuatan berkenaan adalah biadab.

Antara artis yang meninggalkan pesanan dalam hastag berkenaan ialah Tomok sambil mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji akan mengambil tindakan tegas kepada pihak terbabit.

Pelakon Sharifah Sahora dalam hastag yang sama turut menegur polis yang disifatkannya mungkin telah kemaruk apabila menangkap seorang artis dan kemudian menyuruhnya menyanyi.

Turut sama melahirkan kekesalan mereka antaranya Datuk Aznil Nawawi, Haiza, Elfira Loy dan Taufik Batisah.



Sementara itu, pengurus kepada Zamani iaitu Johan Aziz mengesahkan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut.

Ketika pertemuan terakhir penyanyi Zamani Slam bersama pengurusnya, Johan Aziz itulah antara bait yang dilafazkan untuk kita semua di luar sini. Beliau sempat meminta maaf kepada pengurusnya itu selain menyampaikan salam buat semua.

“Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih. Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo. Insyallah saya OK – dari Zamani,” tulis Johan Aziz di Facebook.

Terdahulu media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Akibat penyebran video itu, Khalid Ibrahim berjanji untuk mengambil tindakan terhadap idividu terlibat merakam dan menyebarkan video itu.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top