Nuffnang

TERTEKAN : Giliran Zamani Maki Jurugambar!!!



Usaha mendapatkan perintah reman terhadap bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani atas dakwaan memiliki dadah jenis heroin di Mahkamah Majistret Ampang pada Rabu bertukar kecoh apabila penyanyi tersebut mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar.

Kejadian itu berlaku sewaktu beberapa jurugambar merakam gambar suspek yang memakai baju hitam itu ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah reman selama empat hari bermula Rabu.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Pendaftar, Mohd. Rahbadar An-Nur Haslan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta yang sama.

Vokalis berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanitanya kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.2 gram dalam satu serbuan di rumahnya di Taman Keramat, tengah malam Selasa.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, hasil maklumat yang diperoleh.

Rakan wanitanya turut direman empat hari sehingga Sabtu ini di mahkamah sama.

Menurut sumber polis, dalam soal siasat awal, penyanyi tersebut mendakwa telah terbabit dalam gejala penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top