Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#VIDEOZAMANI : Polis Telah Kenalpasti Anggota Terlibat!!!!



SERI KEMBANGAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor hari ini telah mengenalpasti anggota polis yang terlibat dan bertanggungjawab dalam merakam gambar serta menyebarkan video bekas penyanyi yang popular pada 1990-an ekoran dadah pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat memaklumkan siasatan akan diteruskan bagi mengenalpasti pegawai dan anggota lain yang turut terlibat dalam menyebarkan video terbabit.


Siasatan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu akan dilengkapkan secepat mungkin untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya.

Menurut Abdul Samah, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan Standard Operasi Prosedur (SOP) juga sedang dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kontinjen Selangor.

Beliau turut memberi jaminan siasatan telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa pun.

Tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat.

Semalam media sosial digemparkan dengan penyebaran video berdurasi 1 minit 23 saat menunjukkan vokalis terbabit duduk dalam keadaan bergari dan dipaksa menyanyi dalam balai polis ketika sedang dalam tahanan.





Video itu mula menjadi viral pada semalam dan mendapat kritikan negatif daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menyifatkan perkara itu mengaibkan penyanyi berkenaan.

Penyanyi terbabit ditahan polis pada Rabu bersabit kesalahan memiliki dadah dan sudah direman selama empat hari bermula semalam.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top