Nuffnang

PANASSS!!! Posting Saari Amri Heret Datuk Siti Nur Haliza Isu Dadah #ZAMANI!!!




Peminat muzik tanah air khususnya di awal era 90-an pastinya dapat mengimbas kembali  saat kemunculan dua penyanyi muda popular ketika itu baik Siti Nur Haliza mahupun kumpulan Slam yang penyanyinya adalah Zamani. Disebabkan kedua-duanya masih solo, sama cantik dan padan, maka banyaklah gossip mengaitkan hubungan cinta antara mereka berdua walaupun tiada sebarang pengakuan atau bukti dapat disahkan.

Masing-masing telah memilih laluan sendiri. Yang pasti kedua-duanya masih meneruskan karier dalam industri muzik tanah air sehingga ke hari ini. Diakui, suara lunak dan tinggi yang dimiliki kedua-dua mereka menyebabkan peminat tidak pernah melupakan mereka khususnya Datuk Siti Nurhaliza yang dilihat lebih berjaya.

Apa pun Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah menjadi tanda tanya di kalangan peminat.

Saari dalam entri di Facebook menulis "Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu."


Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau.

"Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain," katanya.

Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu.

Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Kes Zamani akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini

Sumber

Cukup-cukuplah Saari Amri, usah diungkit cerita lama. Masing-masing telah memilih jalan hidup sendiri. Hormatilah hak dan privasi mereka. Kepada Datuk Siti Nurhaliza, penulis amat setuju dengan penjelasan dan pendirian yang Datuk Siti ambil berhubung isu ini.

Barang yang lepas jangan dikenang....

Jom kita layan kelunakan paduan suara Datuk Siti Dan Cakra Khan

Lagu Tema OST Filem SUAMIKU,ENCIK PERFECT 10! 




Lirik Lagu Seluruh Cinta - Dato' Siti Nurhaliza dan Cakra Khan

Cakra Khan
Menatap kepergian dirimu..
Menatap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama..
Lewati masa terindah
Saat kau memelukku
Tuturkan... cinta


Siti Nurhaliza & Cakra Khan
*
Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada disisiku selamanya
Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama..


Siti Nurhaliza
Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawaku tangisimu


-Siti Nurhaliza & Cakra Khan
Tiada lagi bait yang indah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa


ulang *

Siti Nurhaliza & Cakra Khan
Tiada cinta yang setulus cinta (cinta mu...)
Tiada yang sanggup gantikan dirimu..
Tiada rasa seindah kasihmu..
Tiada yang mampu temani diriku..


ulang *

Siti Nurhaliza dan Cakra Khan
Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama..


Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama..
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top