Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MAK AIII!!! RM45 Juta Nilai Penjawat Awam Kena Tipu Di Kelantan!!!



Perrgh.....RM45 juta? Bukan kecik anak punya jumlah tu? Adakah terpedaya atau sengaja cari penyakit? Apa-apa pun siasatan perlu diambil. Jangan dilepas penjenayah macam ni. Kat negeri Kelantan pula tu. Hish!!!


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kes penipuan yang melibatkan kakitangan awam berjumlah RM45 juta.

Azih berkata, penipuan RM45 juta itu melibatkan pembelian rumah sebanyak 477 unit oleh kakitangan awam di Kelantan.

"Setiap pengguna harus berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada ditipu. Paling mengecewakan, penipuan melibatkan projek perumahan.

"Projek ini ada 477 unit rumah yang dibina pada tahun 2011 di mana pembelinya 100 peratus kakitangan kerajaan. Tetapi hari ini (2015), baru nak naik tiang sedangkan pembeli sudah bayar 90 peratus.

"Apa akan berlaku kalau semua tempat sama seperti ini? Gaji dipotong tapi rumah tidak boleh duduk.

"RM45 juta sudah dibayar, syarikat entah ke mana, dia bawa lari... Untuk itu, insya-ALLAH saya akan jumpa PM untuk bincang perkara ini. 

"Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Takkanlah hendak bayar sampai mati sedangkan rumah tidak boleh duduk," katanya ketika sidang media tahun 2015 "Tahun Perangi Penipuan" di Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelas beliau unit yang terbengkalai itu melibatkan 12 lokasi di seluruh Kelantan. 

Oleh itu beliau berharap kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini.

"Sepatutnya kerajaan ambil peranan, takut masyarakat hilang keyakinan, kita minta bantulah mereka.

"Kalau tidak dibantu makin bermaharajalelalah 'penipu' itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya telah berjaya menyelesaikan satu kes rumah terbengkalai di Sarawak selepas campur tangan pihaknya dan kerajaan.

"Kita sudah selesaikan kes sama baru-baru ini di Sarawak. Alhamdulillah syarikat perumahan negara sudah siapkan," katanya lagi. ~SH
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top