Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TERBAIK!!! "Sentuhan Diraja" Membantu Sukarelawan #Banjir2014



Kejutan.....Tak percaya..... mungkin itulah yang bermain di fikiran sukarelawan-sukarelawan misi bantuan banjir yang dikendalikan oleh Kementerian Belia Dan Sukan di Pengkalan TUDM, Subang apabila disertai "sukarelawan Diraja" pada 2 Januari yang lalu.


Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor telah mencemar duli untuk bersama-sama sukarelawan menyumbang tenaga dalam membuat pengagihan dan penyusunan barangan bantuan.

Sebenarnya, penglibatan Tengku Amir dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sukarela bukanlah perkara baru. Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor. Baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.




Kali ini, Tengku Amir telah meluangkan masa sekitar 1 jam untuk membuat agihan barangan bantuan serta menyumbangkan makanan buat para sukarelawan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim turut bergotong royong bersama sukarelawan mengasingkan pakaian terpakai yang diterima di gudang Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia, Subang pada 1 Januari.

Beliau bersama beberapa pegawai Jabatan Belia Dan Sukan Negara menghabiskan kira-kira dua jam untuk membuat pengasingan pakaian terpakai yang disumbangkan orangramai sebelum dimasukkan kedalam kotak khas untuk dihantar mengikut destinasi yang terlibat banjir.





Datuk Hajah Hatipah sebelum itu bertemu sukarelawan yang bertugas dan memberi sokongan moral kepada mereka.

Beliau yang terharu dengan sokongan para sukarelawan di pangkalan udara ini berharap lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil sebagai sukarelawan bagi membantu dalam gerakan pasca banjir dalam masa terdekat.

Di atas keperluan yang mendesak pada ketika ini, KBS telah melanjutkan gerakan sukarelawan di Pengkalan TUDM Subang sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Ayuh, anak muda...... Hari Ini Hari Mereka, Esok Mungkin Hari Kita....


** Sumber gambar dan berita dari KBSMalaysia
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top