PENANG LAGI!!!! Bebola Ikan Jijik, Kilang Diarah Tutup!!!
Beberapa ekor lalat menghurungi kek ikan (Fish Cake) yang dijemurkan di sebuah kilang memproses bebola ikan di Jalan Paya Terubong di Georgetown hari ini. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong di sini diarah tutup kerana berpoperasi dalam keadaan kotor.
Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut berkata, dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan.
"Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata premis itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.
MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



mozek yunani purba ditemui di zeugma turki mempame...

panduan ringkas tips tuntut pampasan pemberhentian...

at briefing on urban renewal act hamzah joined by ...

wanita 41 tahun dan anak perempuannya 18 direman k...

rahsia surah al fatihah 1qfh0

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....