Nuffnang

GAMBAR : Ya Allah!!! Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul!! #Banjir2014



Allahu Rabbi.... itulah perkataan pertama yang terkeluar dari pasukan Misi Belia Prihatin KBS-MBM apabila melihat kesan bencana banjir yang melanda Temerloh ini. Misi yang diketuai sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan, YBhg. Datuk Jamil Salleh bersama-sama pegawai dan kakitangan dari kementerian dan JBS Negeri Pahang.



KBS Gerakkan Skuad Pasca Bencana #Banjir2014

Selain daripada Datuk Jamil, Program Misi Belia Prihatin KBS-MBM 2015 Negeri Pahang ini turut disertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg. Datuk Hajah Hatipah Ibrahim dan lebih 150 orang sukarelawan Rakan Muda sekitar Temerloh.

Misi pasca bencana ini lebih memberi tumpuan kepada kerja-kerja baikpulih dan pembersihan yang digerakkan bersama IKBN Temerloh. Memang sukar dan banyak cabaran yang ditempuhi. Namun memikirkan nasib dan situasi mangsa banjir itu sendiri, misi pasca bencana ini digerakkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin.



Pembersihan kawasan terjejas banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh.






Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Datuk Jamil Salleh bersama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg. Datuk Hajah Hatipah Ibrahim meninjau lokasi yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Kampung Buntut Pulau. Dalam masa yang sama skuad Misi Belia Prihatin turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.








Program Misi Belia Prihatin KBS-MBM 2015 di Tadika Kampung Tengah, Temerloh.
Sumbangan barangan keperluan harian, bantal, toto, selimut, pakaian sekolah turut diberikan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.





Di bawah adalah gambar-gambar kesan daripada banjir yang yang sempat dirakam oleh pegawai dan sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kali ini.



















Walaubagaimanapun, sukarelawan dan individu yang terlibat dengan kerja-kerja pasca banjir dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penyakit berjangkit seperti cirit birit, jangkitan bakteria Escherichia Coli atau E.coli serta leptospirosis (penyakit kencing tikus).

Selain mangsa banjir, sukarelawan dan individu yang terlibat juga mudah terkena penyakit yang berkaitan dengan alahan dan infeksi kulit iaitu gatal-gatal dan luka berdarah akibat terpijak paku, kayu tajam dan serpihan kaca yang tidak nampak di dalam air.

Orang ramai yang terlibat dengan banjir perlu menjaga kebersihan dengan memastikan mendapat sumber air bersih untuk diminum, serta meminimumkan penggunaan air tidak masak.

Mereka juga perlu mengurangkan mengunjungi kawasan yang mempunyai air yang masih berlopak dan bertakung semasa dan selepas banjir kerana dikhuatiri air tersebut telah tercemar dan menyebabkan jangkitan berlaku.

- Kredit : KBSMalaysia
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top