Nuffnang

TERBAIKLAH!!! Bila Nik Aziz Dan Hj Hadi Bergabung Belasah DAP!!!



Kecaman DAP terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Presiden PAS itu tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dianggap kerja bodoh oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Mursyidul Am PAS itu berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Hadi mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian.

“Dia (Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat?

“Kerja ‘orang bodoh’ ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka,Ahad. .

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata Hadi perlu hadir bagi memastikan PR berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

Guan Eng secara terbuka turut menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan Presiden PAS itu gagal berbuat demikian.

Dalam pada itu, Hadi dalam respons terbaru berhubung perkara itu berkata, keputusan sama ada mahu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR dibuat olehnya.

Katanya, beliau ‘tidak perlu diminta’ untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Terpulang kepada saya untuk menghadirinya atau tidak,” kata Hadi.

Sebelum ini, ahli parlimen Marang itu berkata beliau tidak sihat malah susuk tubuhnya susut sedikit ketika hadir ke Dewan Rakyat minggu lalu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top