Nuffnang

APA KATA AZMIN??? SURAT AHLI PKR BUAT MB BARU SELANGOR



Kelab Abd Khalid Ibrahim

Wednesday, 19 November 2014

KENYATAAN TERBUKA BERANI MATI SEORANG ANGGOTA KEADILAN MENGENAI AZMIN ALI.
Kenyataan Terbuka
19 November 2014



AZMIN MENERUSKAN SEMUA ALASAN PEMECATAN KHALID BEZANYA DIA PANDAI BERGAMBAR DAN BERETORIKA

Saya Megat Khairul Anuar B.Razali merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Selangor. Sidang akhbar ini bagi menyatakan kekecewaan saya terhadap kerakusan YB Azmin Ali dalam mengenepikan keputusan parti dalam melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar malah Parti Keadilan Rakyat sendiri nampaknya seperti ditertawakan apabila semua alasan penukaran Menteri Besar seolah hanya propaganda murahan apabila YB Azmin Ali didapati meneruskan semua yang disebut sebagai alasan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Sejak berjaya melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar dan mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Azmin sebenarnya tidak langsung melakukan apa pun pembaharuan selain dari gimik media seperti gambar membersih longkang, menyembur racun. 

Punyalah begitu obsess hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Menteri Besar memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’. Kalau pun ia kempen yang perlu cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya.

Hanya berbeza dengan Khalid ialah Azmin Ali berjaya mula mencairkan wang simpanan negeri bernilai RM3billion lebih dengan projek-projek segera.

Sebagai anak negeri Selangor, saya masih ingat isu-isu yang menjadi penyebab kegagalan Khalid Ibrahim yang mewajarkan beliau digantikan. Antaranya ialah Masalah sisa pepejal, keadaan Jalanraya tidak baik, lebuhraya KIDEX dan bekalan air terawat termasuklah pembinaan empangan Langat 2.

1. Sisa pepejal

Saya mendapat maklumat bahawa selepas Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan di Negeri Selangor pada tahun 2008, berlakunya diskriminasi Kerajaan Persekutuan yang melarang sisa pepejal daripada di hantar ke Tapak Pelupusan Sampah termoden di Bukit Tagar, Kuala Selangor. Inilah sebab utama masalah sisa pepejal di Selangor tidak dapat diselesaikan dengan segera.

Namun begitu, pentadbiran Khalid Ibrahim telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Memasuki penggal kedua pemerintahannya, beliau telah pun meletakkan seorang exco kanan yang amat berdedikasi iaitu YB Teng Chang Kim bagi menyelesaikan masalah ini. Dan sepanjang tempoh tersebut gandingan dua pemimpin ini terus menjalankan usaha gigih. Untuk membina tapak pelupusan sampah baru bukanlah kerja yang mudah. Banyak isu teknikal yang perlu diperhalusi agar ia tidak akan menimbulkan kacau ganggu kepada kehidupan masyarakat dan alam sekitar.

Dan sehingga kini kita masih tidak dapat melihat atau mendengar usaha komprehensif daripada Menteri Besar baru selain daripada menganugerahkan harga tender yang lebih tinggi kepada kontraktor atas nama untuk menjaga kualiti perkhidmatan. Untuk sekadar mengatakan masalah sisa pepejal ini berlaku hanya kerana harga tender yang diberikan oleh pentadbiran sebelum ini adalah rendah juga sebenarnya tidaklah tepat sangat.

Banyak juga tender yang diberikan dalam negara ini dengan harga yang tinggi tetapi projek tetap gagal disiapkan mengikut jangkamasa yang ditetapkan atau tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan. 

Kegagalan bukanlah disebabkan oleh satu faktor sahaja iaitu harga tetap meliputi juga aspek pemantauan oleh PBT, kekurangan tapak pelupusan sanitari dan sebagainya.

2. Keadaan Jalanraya

Berapa ramai antara kita yang menyedari terdapat dua kategori jalan iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Untuk Jalan Persekutuan urusan mengurustadbir dan pemuliharaan adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan manakala untuk Jalan Negeri pula ianya adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui PBT tetapi dananya turut dikongsi oleh Kerajaan Persekutuan melalui geran jalan yang jumlah tahunannya dikira berdasarkan formula bilangan penduduk dan panjang jalan dalam sesebuah negeri.

Jadi, jika jalan yang rosak ini dari Banting ke Morib sebagai contoh, ia adalah salah Kerajaan Persekutuan dan jika Jalan Reko di Kajang pula, ia termasuk di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Namun semasa isu ini dibangkitkan semasa krisis Menteri Besar tempohari kita tidak diberitahu data dan statistik jalan rosak yang tidak dibaikpulih itu. Sama ada banyak di Jalan Persekutuan atau di jalan Negeri.

3. Lebuhraya KIDEX

Ini adalah kemunafikan besar oleh kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor. Isu KIDEX ini menjadi bahan jajaan yang cukup hebat untuk menggulingkan Khalid Ibrahim. Dikatakan tindakan Khalid bersetuju dengan pembinaan KIDEX sebagai tidak memenuhi kehendak penduduk setempat dan juga tidak membawa hasrat manifesto Pakatan Rakyat.

Sekarang, saya ingin mengemukakan persoalan, apakah apabila dengan menukar Menteri Besar ini sahaja maka KIDEX telah memenuhi hasrat rakyat setempat dan manifesto PR? Di mana suara Tony Pua yang sebelum ini kononnya sibuk memperjuangkan rakyat yang menolak KIDEX? Ataupun KIDEX ini hanyalah satu punching bag untuk menipu rakyat menggulingkan Khalid Ibrahim walhal sememangnya Pakatan Rakyat Selangor bersetuju dengan pembinaan KIDEX?

4. Bekalan Air Terawat dan Empangan Langat 2

Ini juga merupakan satu lagi penipuan besar yang diolah untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim. Dijaja mengenai perjanjian Bank Islam yang menjadi punca Khalid Ibrahim menandatangani persetujuan tersebut. Walhal, fokus utama Khalid Ibrahim adalah untuk menjadikan konsesi bekalan air terawat di Selangor sebagai milik rakyat negeri Selangor sendiri. Apakah ini tidak bagus untuk rakyat?

Dan tiba-tiba Azmin Ali mengumumkan kesyukuran beliau apabila konsesi air ini telah secara rasmi menjadi milik rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak malukah untuk mengambil usaha dan idea orang lain dan kemudiannya menjadikan sebagai kejayaan sendiri?

5. Pengembalian Bible Yang Dirampas JAIS

Tidak terhenti setakat isu air ini, Azmin Ali ini sekali lagi tidak merasa malu untuk mengakui bahawa dirinya adalah hero yang menyelesaikan isu bible yang dirampas JAIS. Kenyataan Majlis Agama Islam Selangor bahawa DYMM Sultan Selangor dan MAIS yang sebenarnya melakukan inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini telah menunjukkan sifat hero jadian manusia bernama Azmin Ali ini. Terus menerus menjadikan usaha dan inisiatif orang lain sebagai kejayaan peribadinya.

Sehubungan itu, saya menyeru Menteri Besar baru ini untuk berhenti memplagiat usaha dan inisiatif orang lain. Kalau benar anda mempunyai idea, wawasan dan inisiatif seperti yang diwar-warkan sebelum ini, sekarang adalah masanya untuk anda buktikan.

Menjadi Menteri Besar bukan sekadar melakukan aktiviti terjah atau pun berada rapat dengan rakyat melalui program-program kemasyarakatan semata-mata tetapi juga harus mempunyai misi dan visi yang jelas dan holistik dalam sektor pembangunan, pelaburan, kesejahteraan rakyat dan lain-lain untuk terus mengekalkan Selangor sebagai negeri paling maju dan terkaya di Malaysia. Sehingga ini Azmin Ali masih lagi gagal untuk mengemukakan agenda fiskal yang baik untuk negeri Selangor. 

Ataupun mungkin Azmin Ali juga akan menjadi seperti Ali Rustam yang terkenal sebagai MB KBSM sahaja itu kahwin, bersalin, sakit dan meninggal dunia bukannya dikenali dengan kemampuan menjana ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Saya tidak sendiri dalam membuat kenyataan ini. Saya mewakili sekumpulan anggota PKR yang turut mempunyai sentiment yang sama. Persoalan ini harus dijawab. Satu kempen senyap sudah pun berjalan lebih dua minggu dan akan terus berjalan dalam menyalurkan maklumat persoalan – persoalan penting kepada anggota PKR khususnya di Selangor. 

PKR tidak harus menjadi parti – parti lain yang kita kritik selama ini menjatuhkan dan menaikkan individu berdasarkan kepentingan pihak tertentu sehingga menimbulkan kerugian kepada umum lebih malang lagi yang dinaikkan hanya pandai bermain media dan beretorik semata.

Sempena 100 hari kami anggota PKR Selangor sendiri akan tampil untuk membentangkan ‘report card’ 100 hari Azmin.

Sekian,

MEGAT KHAIRUL ANUAR RAZALI
B0030003354
ANGGOTA PKR CABANG HULU SELANGOR

*** Kita Tunggu Respon Azmin
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top