Musim cuti sekolah datang lagi...... dan bermulalah pelbagai aktiviti menarik yang disusun dan diatur baik oleh ibu bapa mahupun pihak swasta dengan fokus utama pastilah anak-anak kita yang "berehat" seketika dari dunia persekolahan.
Sebagai sebuah produksi filem animasi popular Upin dan Ipin, Les' Copaque Production juga tidak ketinggalan untuk "meraikan" anak-anak kita sebaik sahaja cuti sekolah bermula.
Tidak dinafikan promosi yang dilaksanakan oleh pihak produksi tersebut amat berjaya sehinggakan Karnival Upin dan Ipin ini mendapat liputan dan minat yang meluas dari masyarakat kita. Apatah lagi tarikan ikon watak animasi popular seperti ultraman membuatkan karnival ini amat dinanti-nantikan.
Namun begitu, kegembiraan yang diharapkan seperti mana slogan karnival "Inilah Kegembiraan" gagal diperoleh. Rata-rata pengunjung yang sampai ke PICC meluahkan kekesalan mereka atas sikap dan pengendalian karnival oleh penganjur.
Walau masih berbaki sehari saja lagi (23 Nov. 2014) namun penganjur perlu lebih fokus dalam pengendalian karnival.
Bayangkan seorang sahabat admin sanggup pergi seawal jam 6.30 pagi ke PICC semata-mata untuk melihat dari dekat ikon ultraman serta ipin dan ipin.
Pelbagai rungutan dan komen negatif diluahkan oleh pengunjung-pengunjung yang hadir. Antaranya; pentas utama terlalu kecil dan sukar dilihat dari jauh. Pengisian pentas utama juga terlalu "kosong" kerana tidak banyak acara atau aktiviti yang diadakan.
Seorang pengunjung yang ditemui turut meluahkan kekesalan:
"Penganjur seperti gagal membuat anggaran kehadiran pengunjung dengan tepat. Bayangkan ruang PICC yang dipilih ini hanya mampu memuatkan sekitar 1,000 orang namun yang datang pada hari ini hampir 20,000 orang. Keadaan ini membuatkan kesesakan teruk, ditambah dengan jeritan dan pekikan anak-anak yang mahukan Upin, Ipin dan Ultraman yang seolah-olah lebih banyak menyorok".
Komen pengunjung yang lain :
"Saya bersama keluarga datang dari Pahang demi memenuhi permintaan anak-anak. Namun agak kecewa dengan persiapan penganjur yang seperti lebih mementingkan keuntungan. Tiada petak parking yang mencukupi, terpaksa tersangkut dalam kesesakan jalan raya sebelum sampai ke PICC, terpaksa berjalan dalam jarak yang jauh.... dan lebih mengecewakan, tidak banyak acara melibatkan upin dan ipin".
Admin yang sempat melalui jalan menghala ke PICC turut kecewa dengan keadaan lalulintas yang tidak terkawal. Tiada pihak yang mengawal lalu lintas dan keadaan lebih teruk dengan sikap sesetengah pemandu yang pentingkan diri sendiri.
Harapan semoga hari terakhir esok akan lebih lancar dan teratur.
Artikel ini bukan ditulis untuk menjatuh atau merosakkan perniagaan Bumiputera, namun sebagai teguran atau pandangan supaya pihak penganjur seperti Les' Copaque mempelajari dan berusaha untuk penambahbaikan penganjuran di masa-masa akan datang.
Tidak dinafikan penulis sendiri kagum dan bangga dengan pencapaian Upin dan Ipin yang telah mencetuskan suatu fenomena yang mungkin pihak pengurusan Les' Copaque sendiri tidak jangkakan.
Apa pun, selamat maju jaya dan jangan mudah lupa diri. TAHNIAH!!!

0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....